Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

HIKMAH RAMADAN : ANTARA KEAMPUNAN DAN KEPRIHATINAN

Puasa didik umat keprihatinan sosial

Jun 01, 2019 | 05:30 AM



PUASA bukan hanya menguji seseorang untuk menahan lapar dan dahaga sepanjang hari tetapi ia mengajar dan mendidik umatnya tentang kepedulian sosial.



Melalui ibadah puasa diharap mampu menimbulkan kesedaran terhadap orang lain yang menghadapi kelaparan setiap hari.



Inilah yang ditekankan dalam program Hikmah Ramadan baru-baru ini oleh Ketua Eksekutif Safinah Institute, Ustaz Tarmizi Wahid.



"Dari perasaan ini dan kesedaran inilah diharapkan kita lebih mempunyai perasaan kasihan dan simpati kepada orang lain sehingga mampu untuk memberi motivasi kepada kita untuk membelanjakan dan menaja iftar bagi orang-orang lain seperti anak-anak yatim, orang-orang miskin dan juga keluarga-keluarga yang memerlukan sokongan di dalam dan di luar Ramadan," kata Ustaz Tarmizi.



PUASA, LAPAR DAN SIMPATI



Beliau mengajak umat Islam mengingati semasa kecil ketika menjalani ibadah puasa pastinya telah merasakan rasa lapar sehingga membuatkan merasa sukar untuk meneruskan puasa.



"Namun kita diajar dan diingatkan oleh ibu bapa, guru-guru kita agar ia mendatangkan perasaan lebih sedar tentang keadaan dan kesusahan orang lain.



"Pada kecil lagi, saya akan diingatkan tentang nasib orang-orang yang tinggal di negara-negara miskin seperti di Afrika satu ketika dulu tapi sekarang ini mungkin ada contoh-contoh yang lain yang boleh kita berikan kepada anak-anak kita, sekiranya mereka baru berjinak-jinak dan bermula ingin berpuasa.



"Kesedaran ini, sekiranya ditanam dari usia kecil lagi akan membuat ibadah puasa ini lebih bermakna bagi setiap orang dan setiap individu Muslim,'' ujar Ustaz Tarmizi.



Menurut beliau, semasa berpuasa pastinya akan timbul rasa simpati dan mendatangkan keinginan untuk membantu orang lain melalui sedekah serta amal jariah dan juga untuk kita membabitkan diri kita dalam kerja-kerja kemanusiaan.



AMAL JARIAH



Amal jariah dan sedekah sepanjang bulan Ramadan ini di kemuncaknya akan dilakukan dengan melakukan ibadat zakat fitrah iaitu memberi sumbangan kepada setiap ahli anggota keluarga kita di dalam bulan mulai ini.



"Secara peribadi saya berpegang kepada prinsip khidmat kepada Tuhan melalui khidmat kepada manusia.



"Sekiranya kita ingin mendekatkan hubungan kita kepada Allah swt, sebenarnya antara cara yang mudah dan baik untuk kita melakukan demikian adalah untuk melakukan khidmat kepada jiran tetangga dan teman-teman kita.



"Sejak kecil lagi, saya teringat masa di mana setiap Ramadan menjadi satu kebiasaan untuk saya menghantar masakan ibu saya kepada jiran-jiran saya yang tinggal sekampung bagi sajian berbuka puasa.



"Dan pada setiap rumah yang saya kirimkan, sebuah lagi hidangan makanan itu pasti akan mendapat bekalan makanan yang dikembalikan semula pada saya,'' ujar ustaz Tarmizi.



Menurutnya, inilah indahnya hidup berjiran.



Namun hari ini dengan kesibukan dan tanggungjawab yang semakin menggunung, adakalanya kita terlepas pandangan peluang yang baik ini untuk menjalinkan hubungan erat bersama keluarga-keluarga yang berdekatan.



"Semoga amalan ini hidup kembali di dalam masyarakat kita hari ini.



"Walaupun Ramadan akan berlalu, janganlah abaikan kebaikan yang kita boleh kerjakan selepas itu kerana antara tanda-tanda yang dapat memberikan semacam gambaran sama ada amal ibadah dan infak diterima atau tidak adalah penerusan amalan tersebut di luar Ramadan,'' kata Ustaz Tarmizi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >