Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Raya 'kurang best', tapi wajar supaya keadaan 'kurang best' tidak terus berulang

May 13, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA dekad lalu, sebagai seorang kanak-kanak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap ayam masak merah dan lontong, Hari Raya Aidilftri adalah satu-satunya perayaan yang dinanti-nantikan kerana ia bermakna saya berpeluang menikmati juadah itu dan lain-lain juga tanpa sekatan atau larangan ibu bapa.



Meja makan di rumah dan rumah-rumah pakcik dan makcik yang kami kunjungi biasanya dipenuhi dengan makanan sedemikian yang saya percaya tidak akan disenaraikan doktor sebagai makanan pilihan bagi kanak-kanak yang sedang membesar... mahupun orang dewasa!



Sebagai bonus, saya dan kakak saya juga akan meninggalkan rumah saudara-mara dengan poket yang penuh dengan sampul hijau, yang bermakna 'pelaburan tambahan' bagi membeli alat mainan atau buku cerita yang selama ini diidam-idamkan.



Juadah lazat dan wang mungkin tidak mewakili maksud sebenar kita menyambut Lebaran.



Namun bagi saya, ia adalah elemen best yang membuka jalan bagi kami menemui maksud sebenar tersebut.



Walaupun kita semua sibuk dengan tugasan harian atau sekolah sepanjang tahun, Hari Raya menjadi wadah interaksi sosial yang intens, di mana kita, dalam keghairahan mengejar balik masa yang hilang bersama saudara, bertekad untuk bertemu seberapa banyak sanak-saudara dan rakan dalam tempoh sebulan.



Justeru, sedang kita menyambut Hari Raya Aidilfitri kedua dalam norma baru ini, saya tidak dapat mengelak berfikir bagaimana laluan untuk mencari maksud sebenar Hari Raya ini telah berubah bagi anak-anak kita.



Sejak tahun lalu, Hari Raya yang kita sambut tidak banyak berbeza jika dibandingkan dengan hari-hari lain.



Selain solat berjemaah, memakai pakaian lebih cantik dan menjamu selera sebagai seisi keluarga di rumah sendiri, kini kita meluangkan masa untuk menghubungi orang yang disayangi menerusi panggilan video pula.



Perkara-perkara ini, boleh dikatakan, juga kita lakukan pada hari-hari lain, terutama semasa pandemik ini di mana kita menghabiskan lebih banyak masa bekerja dari rumah.



Saya prihatin bagaimanakah anak-anak saya boleh menjalin hubungan lebih rapat dengan saudara-mara sebaya dan rakan-rakan lain jika pertemuan mereka di Hari Raya dihadkan kepada skrin elektronik semata-mata.



Apakah yang akan membentuk kenangan manis mereka tentang Hari Raya dalam norma baru ini?



Sebab itulah, saya amat menghargai peluang untuk saling berkunjungan pada musim perayaan ini, meskipun kita hanya boleh berbuat demikian dengan syarat-syarat tertentu.



Ini dibandingkan dengan tahun lalu, di mana kita tidak dapat berkunjungan, yang mempunyai hikmah tersendiri - membuat kita lebih menghargai nilai interaksi sosial tersebut.



Ia juga menunjukkan bahawa pengorbanan kita sebagai satu negara sejak tempoh pemutus litar tahun lalu telah mula menunjukkan hasil dan keadaan di sini semakin pulih.



Malah, sebelum berita tercetus mengenai pembentukan kelompok-kelompok baru seperti di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dan di Terminal Pasir Panjang, warga Singapura telah rancak membuat rancangan untuk bersiar-siar, staycation malah ke luar negeri.



Namun kita harus sedar bahawa keadaan yang kian pulih ini mudah diancam jika kita leka.



Anda hanya perlu menyelak dada akhbar ini atau pergi ke Internet untuk mengikuti perkembangan dunia terkini dan sedar bagaimana keadaan boleh menjadi lebih buruk dengan sekelip mata jika sekatan pengurusan selamat tidak dipatuhi dan penduduk di sesebuah negara mengambil mudah langkah-langkah yang dilaksana pemerintah untuk menyekat penularan Covid-19 yang kini telah berpecah kepada varian yang dikatakan lebih mudah tular dan lebih berbahaya.



Mengulas mengenai sekatan yang dipertingkat untuk memutus litar jangkitan dan mengekang penularan dalam masyarakat ini, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata tempoh beberapa minggu akan datang ini adalah begitu penting dalam usaha negara ini mengekang jangkitan Covid-19.



Bagi saya pengorbanan seperti pengurangan jumlah pelawat ke rumah yang kini dikenakan adalah kecil berbanding jika negara terpaksa melalui tempoh pemutus litar kedua.



Tanpa sekatan dipertingkat yang telah dilaksana di Singapura sejak 8 Mei lalu, kita menanggung risiko lebih besar Raya kurang best yang saya katakan di awal artikel, terus berulang di masa depan.



Bukankah itu lagi kurang best?




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >