Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Memenuhi keperluan perumahan warga di tengah pandemik

Dec 23, 2020 | 05:30 AM



BANYAK yang telah kita lalui sepanjang tahun 2020.



Kita semua terpaksa membuat penyesuaian besar dalam kehidupan seharian kita untuk menangani kesan daripada pandemik ini, untuk melindungi kesihatan awam dan keselamatan rakan, keluarga dan masyarakat kita.



Tetapi keadaan semakin baik. Kita tidak lama lagi akan memasuki Fasa Tiga. Ini berkat usaha luar biasa semua warga Singapura.



Kita bersatu padu untuk menyokong satu sama lain - sama ada dengan mengambil berat tentang jiran kita untuk memastikan mereka berada dalam keadaan baik, atau menyumbangkan masa dan usaha kita untuk menjaga mereka yang lebih memerlukan.



Ramai daripada kita terpaksa melakukan bidang pekerjaan baru untuk mengatasi kesan Covid-19.



Bagi keluarga MND, kami menubuhkan Kemudahan Kuarantin Pemerintah (GQF) dan kemudahan Jangan Keluar Rumah (SHN), serta mengusahakan sambungan semula sektor pembinaan.



Kami juga membantu warga Singapura yang terjejas disebabkan penyelesaian flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang tertangguh atau masalah kewangan untuk membayar hutang rumah atau sewa mereka.



Di sebalik cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik ini, saya kagum dengan cara rakan-rakan saya dalam keluarga MND dapat menguruskan banyak portfolio dan meneruskan pekerjaan mereka dengan baik dalam membina persekitaran tempat tinggal yang lebih baik untuk semua warga Singapura.



Bagi HDB, ini bermaksud membina perrumahan awam yang memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat Singapura, serta membantu rakyat Singapura sepanjang perjalanan pemilikan rumah mereka.



Di tengah-tengah pandemik itu, HDB melancarkan pelan Merancang untuk Kehidupan yang meletakkan kesejahteraan holistik penduduk sebagai tumpuan utama perancangan HDB.



Awal bulan ini, MND dan HDB melancarkan Apartmen Penjagaan Masyarakat bersama Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menawarkan pilihan perumahan dimampui bagi warga emas yang menggabungkan ciri reka bentuk mesra warga emas dengan perkhidmatan penjagaan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan penjagaan.



Ini hanyalah dua daripada banyak idea perancangan baru dan jenis perumahan baru yang diperkenalkan oleh HDB sebagai sebahagian daripada usaha untuk membina bandar yang dirancang dengan baik, mampan, serta berpusatkan masyarakat sejak ia ditubuhkan 60 tahun lalu!



Satu lagi lembaga berkanun lain yang meraikan kejayaan penting tahun ini ialah Majlis Agensi Hartanah (CEA), yang berperanan melengkapkan HDB dalam perjalanan pemilikan rumah warga Singapura.



Bagi kebanyakan kita, membeli rumah ialah salah satu keputusan terbesar yang kita buat sepanjang hayat kita.



Ejen-ejen hartanah kita memainkan peranan penting dalam pengalaman mencari rumah, yang mungkin menjadi satu perkara yang mencabar bagi sebilangan rakyat Singapura.



Sejak ditubuhkan 10 tahun lalu, CEA telah mengawal industri hartanah dan meningkatkan tahap profesionalisme agensi hartanah dan ejennya, untuk memastikan bahawa rakyat Singapura mendapat layanan, nilai dan perlindungan yang berkualiti.



Sempena ulang tahun ke-10 pada Oktober lalu, CEA melancarkan Ikrar Ejen Hartanah, yang menunjukkan komitmen industri untuk memberikan perkhidmatan profesional dan dipercayai kepada pengguna.



Saya yakin bahawa agensi kami akan bekerja keras untuk meneruskan usaha membina Singapura sebagai kediaman dan bandar global yang istimewa.



Ia mungkin mengambil sedikit masa lagi sebelum kita dapat pulih sepenuhnya daripada kesan kesihatan, ekonomi dan sosial daripada Covid-19.



Tetapi jika kita semua tetap berdaya tahan dan bersatu padu, saya yakin Singapura akan muncul daripada krisis ini lebih kukuh daripada sebelumnya.



  • Penulis ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara).


"Kita masih mempunyai banyak perjalanan sebelum kita dapat pulih sepenuhnya daripada kesan kesihatan, ekonomi dan sosial daripada Covid-19.

Tetapi jika kita semua tetap berdaya tahan dan bersatu padu, saya yakin Singapura akan muncul daripada krisis ini lebih kukuh daripada sebelumnya."

- Penulis.




Wacana ini sebahagian daripada siri rencana hasil kerjasama Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan



Berita Harian yang membincangkan pelbagai topik berkenaan perumahan dan dasar lain di bawah naungan MND.



Siri rencana ini, yang memaparkan artikel tulisan Menteri Negara (Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, mengupas pelbagai topik, daripada pemilikan rumah dan perumahan sewa kepada usaha menghijau Singapura.



Rencana kelima dan terakhir ini mengimbas usaha yang dilakukan keluarga MND sepanjang tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >