KENAIKAN pangkat Encik Lawrence Wong sebagai Timbalan Perdana Menteri (DPM) mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pengganti Encik Lee Hsien Loong dan sekali gus mengesahkan barisan pucuk kepimpinan negara selanjutnya.

Dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Isnin lalu, Encik Wong, 49 tahun, yang akan memangku jawatan Perdana Menteri semasa ketiadaan Encik Lee, mengekalkan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan dan diberi tanggungjawab tambahan untuk memimpin Kumpulan Strategi di Pejabat Perdana Menteri, mengambil alih daripada DPM Heng Swee Keat.