Premium
ROMM: Semua khidmat berkaitan pernikahan digantung
Apr 13, 2020 | 5:30 AM
DITUNDA: Ramai pasangan dilihat sedang beratur di luar bangunan Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) sedang pejabat itu mengumumkan semua pernikahan dan sesi janji temu ditunda hingga selepas Mei. - Foto BH oleh AZMI ATHNI -
SEMUA perkhidmatan bagi permohonan pernikahan untuk tarikh antara 7 April dengan 4 Mei tidak boleh dilaksanakan sejajar langkah 'pemutus litar' yang berkuat kuasa sejak minggu lalu bagi menyekat penularan virus Covid-19.
Memberi respons kepada Berita Harian (BH) baru-baru ini, Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) berkata ia akan mengatur semula jadual pernikahan semua pasangan terjejas ke tarikh lebih lewat.


