Wacana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sayangilah bahasa Melayu kita

Dec 15, 2024 | 5:30 AM
Cik Berit Karlsen (dua dari kanan) dan Encik Melvin Choo (paling kanan), berkongsi sebab mereka belajar bahasa Melayu dalam satu episod podcast NoTapis bersama Koresponden Berita Harian, Cik Rubiah Mohd (kiri), dan juga penerbit dan penyampai podcast, Cik Natasha Mustafa.
Cik Berit Karlsen (dua dari kanan) dan Encik Melvin Choo (paling kanan), berkongsi sebab mereka belajar bahasa Melayu dalam satu episod podcast NoTapis bersama Koresponden Berita Harian, Cik Rubiah Mohd (kiri), dan juga penerbit dan penyampai podcast, Cik Natasha Mustafa. - Foto fail

Artikel Berita Harian bertajuk ‘Bukan Melayu, tapi fasih cakap Melayu’ pada 2 Disember 2024 bukanlah satu perkara yang baru tetapi banyak memberi makna dengan keadaan nasib bahasa Melayu di Singapura hari ini.

Sudah menjadi kelaziman, jika orang bukan Melayu itu berasal dari Malaysia atau Indonesia, boleh dikatakan mereka pasti fasih berbahasa Melayu.

Ada antaranya hingga sukar untuk kita membezakan antara mereka itu Melayu atau bukan Melayu apabila kita mendengar mereka berbual dalam bahasa Melayu.

Suatu masa lalu, jika orang bukan Melayu itu tinggal dan membesar di kampung Melayu, kebanyakan mereka pasti fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

Selain itu, ramai anak-anak bukan Melayu yang menghadiri sekolah Melayu.

Ada di antara mereka yang menjadi guru Bahasa Melayu.

Hari ini, apabila golongan yang mencintakan bahasa Melayu mendengar orang bukan Melayu fasih berbahasa Melayu walaupun bahasa pasar, kita berasa teruja dan bangga terhadap kebolehan mereka menguasai bahasa Melayu.

Seakan-akan suatu keajaiban.

Dengan merujuk kepada keadaan nasib bahasa Melayu kita hari ini, kefasihan orang bukan Melayu dalam bahasa Melayu, sebenarnya menjadi tamparan yang memalukan kepada masyarakat Melayu terutama mereka yang berasa canggung bertutur dalam bahasa Melayu.

Saya ingin merujuk kata Encik Melvin Choo yang sungguh memberangsangkan:

“Kadangkala, saya memberitahu rakan kerja saya supaya teruskan mesyuarat kami dalam bahasa Melayu supaya apa yang ingin disampaikan dapat dilakukan dengan lebih berkesan.”

Tetapi apa yang berlaku dalam masyarakat Melayu kita hari ini, tidak seperti itu.

Badan-badan Melayu dan Islam termasuk masjid, kumpulan Melayu hingga dalam keluarga Melayu, mereka berasa bangga menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara mereka.

Ada juga yang berasa malu menggunakan bahasa Melayu dengan alasan kaku menggunakannya. Sungguh menyedihkan.

AMAN SAMAT

Kirimkan pandangan anda ke: bhnews@sph.com.sg dengan tajuk e-mel ‘Sumbangan Pembaca’.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg