Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

PANDANGAN

Segala kepayahan ada hikmahnya

Penutupan segera masjid bantu bataskan kelompok jangkitan merebak
Apr 07, 2020 | 05:30 AM



SEDANG bilangan kes Covid-19 terus bertambah di negara ini, tidak ada lagi kes melibatkan masjid di Singapura dilaporkan sejak Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio dikenal pasti sebagai satu kelompok jangkitan awal bulan lalu.



Ini menunjukkan bahawa langkah segera yang diambil bagi nyahjangkit yang dilakukan ke atas masjid itu khususnya, dan langkah menutup semua masjid umumnya, berkesan.



Ketangkasan dalam mengambil langkah menutup masjid, walaupun awalnya mungkin ada sedikit keraguan, menunjukkan ada hikmahnya.



Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio kini dikenal pasti sebagai satu kelompok jangkitan Covid-19, setelah seorang lelaki 58 tahun, iaitu kenalan dua kes koronavirus sebelum ini, disahkan positif. Kes itu didapati mempunyai kaitan dengan kes seorang kakitangan masjid itu dan seorang lagi yang hadir perhimpunan tabligh di Malaysia.



Masjid itu bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) menjejak kenalan, menjalankan pembersihan dan penyahjangkitan menyeluruh.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) juga telah menutup semua masjid sejak 13 Mac lalu dan ini mungkin berterusan hingga Ramadan.



Ruang kecil di 19 masjid kemudian dibuka baru-baru ini bagi pekerja seperti pemandu teksi dan pekerja penghantaran makanan menunaikan solat zuhur dan asar tidak berjemaah. Bagaimanapun, ini tidak lagi disediakan sejajar dengan langkah pencegahan lebih ketat bagi memutus litar jangkitan Covid-19.



Masyarakat Islam di sini umumnya memahami dan menerima langkah penutupan masjid.



Keselamatan dan kesihatan perlu diambil perhatian.



Melaksanakan tanggungjawab mendirikan solat masih tetap boleh dilakukan di rumah atau di mana-mana tempat asal bersih dan tidak mengganggu.



Memang terdapat beberapa implikasi terhadap langkah ini.



Apabila masjid tidak dapat dimakmurkan, pendapatan yang umumnya bersandarkan sumbangan jemaah dan bayaran kelas pengajian, terjejas. Kos pentadbiran seperti gaji kakitangan pula perlu terus dibayar. Begitu juga kos lain seperti penyenggaraan meskipun bil air dan elektrik mungkin berkurang kerana penutupan masjid.



Pendapatan ustaz yang mengajar di pelbagai kuliah masjid juga terjejas.



Memang Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) menyediakan pakej bantuan bagi menyokong asatizah bebas yang mata pencarian mereka terjejas oleh Covid-19 - bantuan sekali antara $150 dengan $400, bergantung pada kriteria seperti keanggotaan dalam Pergas dan tempat mengajar.



Ini mungkin tidak mencukupi, terutama jika Covid-19 berlarutan.



Bagaimana pula dengan yuran pengajian pelajar daripada pelbagai program seperti tadika, program aLive dan kelas lain? Apakah berterusan sepanjang kelas ditiadakan?



Diharap Muis dan masjid telah mengambil pertimbangan dan membuat peruntukan tertentu.



Memang resmi hidup bahawa kita kekadang kurang menghargai apa yang kita ada sehinggalah perkara itu hilang daripada kita.



Sebahagian kita juga mungkin kurang menghargai masjid sebelum ini hingga penutupan masjid yang berpanjangan ini membuat kita terasa kehilangan dan rindu masjid.



Semoga ini menjadi peringatan betapa kita wajar menghargai kehadiran masjid. Lantas, apabila keadaan pulih dan kembali sedia kala, kita menunjukkan penghargaan ini dengan kerap mengunjungi dan menyertai pelbagai kegiatan dan acara di masjid.



Berapa lama harus kita tunggu?



Ia antara lain bergantung pada respons terhadap usaha yang diterajui pemerintah membendung Covid-19.



Mulai hari ini, kebanyakan tempat kerja di sini ditutup, manakala mulai esok sekolah akan melaksanakan sepenuhnya pembelajaran di rumah.



Namun, perkhidmatan penting seperti penjualan makanan di pasar raya dan kedai, pengangkutan awam serta penjagaan kesihatan akan kekal dibuka.



Lebih rapi masyarakat mematuhi arahan sekatan dan melaksanakan tanggungjawab sosial, lebih cepat masalah dapat diatasi dan kehidupan kembali seperti biasa.



Buktinya terpapar di Wuhan dalam wilayah Hubei, tempat wabak koronavirus bermula. Kawasan itu kini hampir kembali pulih kerana terdapat disiplin dalam mematuhi arahan sekatan.



Kita juga boleh. Jawapannya ada pada kita bersama - diam di rumah, jaga keselamatan, dan jaga kesihatan - #SGunited.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >