Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

APA SALAHNYA

Siapa saja boleh menangis

Jan 14, 2014 | 04:08 PM



DUA atlit Singapura menangis selepas merangkul emas dalam Sukan SEA Myanmar awal minggu ini.


Air mata membasahi pipi pendayung Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee dan pesilat Nur Alfian Juma'en.


Saiyidah terisak-isak menangis? Biasalah bagi kaum Hawa tapi bagaimana pula Alfian? Seorang jejaka perkasa?


Hanya beberapa saat sebelum Alfian sebak, beliau telah menjatuhkan lawannya, juara bertahan dunia, Ty Pham Van, tiga kali untuk menang 5-0. Wah! Memang macho.


Tapi janggalkah melihat Alfian tewas bergelut dengan emosi?


Bukankah air mata eksklusif hak Hawa?


Sejak zaman bahari sudah terpahat kekata 'Air mata untuk Hawa, tidak cool jika jejaka menangis hiba' apatah lagi di depan jutaan manusia.


Sudah hukum alam, pria dilahir gagah, tegap sasa dan sanggup harungi pelbagai bencana. Air mata petanda lemah, kurang upaya, mudah menyerah... Tentu tidak kena jika insan yang diharap-harap jadi pelindung kerap melalak.


Tapi apa salahnya?


Sebelum 'tangisan emas' pesilat negara pada Sukan SEA itu, sudah ramai 'Adam perkasa' mengalirkan air mata.


Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, menitiskan air mata sewaktu berkempen dan selepas dipilih sebagai Presiden semula.


Thierry Henry, penyerang legenda kelab bola sepak EPL Arsenal, tidak mampu menahan sebak apabila diberi penghargaan berupa patung atas sumbangannya sempena ulang tahun Arsenal ke-125.


Thierry Henry, penyerang lincah dan angkuh, rapuh sejurus melihat jasanya terpahat di Stadium Emirates.


Oh ya seorang lagi, ikon golf, Tiger Woods. Ketika merangkul US Masters di Augusta buat kali keempat, Woods terisak-terisak menangis live di kaca TV menghargai jasa ayah, Earl Woods, yang terlantar sakit.


"This is for you dad," (Kemenangan ini untukmu ayah!) kata Woods sambil menitiskan air mata.


Apakah Encik Obama, Thierry Henry dan Tiger Woods insan lemah dan kurang kelelakiannya?


Sah! Air mata tidak ada batas. Ia menyentuh emosi dan perasaan dalaman yang payah dikawal, tidak kiralah sama ada Adam atau Hawa.Tapi usah buru-buru buat andaian. Tidak semua wanita yang mengangguk kepala tanda sekata.


"Saya rasa janggal lihat boyfriend saya menangis. Dia lemah ke?'' kata gadis A.


"Menangis? Wow! Saya tersentuh! Itu tanda boyfriend saya jujur dan luhur!'', kata gadis B pula.


Ironinya, 'babak air mata' yang sukar dilupa libatkan jejaka, bukan Hawa.


Siapa akan lupa babak air mata sewaktu Perdana Menteri Singapura ketika itu, Encik Lee Kuan Yew, mengumumkan perpisahan dengan Malaysia dalam sidang media di televisyen?


Oh ya... masih ingat 'Air mata Gazza' dalam Piala Dunia Italia '90 di Turin?


Dalam separuh akhir menentang Jerman Barat, pemain midfield England, Paul Gascoigne, dilayangkan kad kuning kedua, sekali gus beliau tidak dapat muncul dalam peringkat akhir jika England menang.


Imej Gazza menangis persis budak hingusan mencetuskan Gazzamania di England.


Apakah kebudak-budakan jika wanita menitiskan air mata? Jauh panggang dari api. Malah kadangkala mereka mampu gunakan air mata sebagai 'senjata'.


Segagah mana pun jejaka pasti akan teragak-agak bertindak bahaya jika melihat si gadis menitiskan air mata.


Betapa keras hati si lelaki pasti bak dikoyak-koyak melihat si gadis terisak-isak.


Bagi jejaka yang kecut dicap gembeng dan cengeng, ada pengecualian yang mewajarkan jejaka mengalirkan air mata:


1) Jika kaum keluarga atau orang tersayang meninggal dunia.


2) Kecewa ditinggalkan kekasih yang memilih lelaki lain. 'Harga diri' si jejaka terjejas teruk dan sukar baginya menerimanya. Menangislah sepuas hati.


3) Jika anda menonton filem atau sinetron sedih.


4) Bagi peminat sukan, jika kelab kesayangan anda menang, usah tahan kegembiraan... menangislah sepuas-puasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >