Wacana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Baiah palsu

Sumpah setia pada 'khalifah palsu' pengganas ISIS jadi bukti kejahilan, kealpaan sebahagian umat tentang konsep perjanjian dalam Islam
May 14, 2022 | 5:30 AM
HANYA ILMU ISLAM YANG SAHIH DAPAT MEMBANTERAS KEJAHILAN DAN KEALPAAN INI: Kumpulan ISIS telah kehilangan kawasan taklukannya di bumi Syam, namun ideologi sesat mereka tetap berkembang dan akan terus menjadi inspirasi bagi sebahagian individu Muslim yang ketandusan ilmu Islam sejati. Besar kemungkinan pasti wujud 'khalifah' pengganti yang akan muncul selepas kematian ketua yang sebelumnya. Dan baiah palsu ini akan terus wujud untuk memastikan kitaran 'khalifah palsu' terus kekal. - Foto INTERNET
HANYA ILMU ISLAM YANG SAHIH DAPAT MEMBANTERAS KEJAHILAN DAN KEALPAAN INI: Kumpulan ISIS telah kehilangan kawasan taklukannya di bumi Syam, namun ideologi sesat mereka tetap berkembang dan akan terus menjadi inspirasi bagi sebahagian individu Muslim yang ketandusan ilmu Islam sejati. Besar kemungkinan pasti wujud 'khalifah' pengganti yang akan muncul selepas kematian ketua yang sebelumnya. Dan baiah palsu ini akan terus wujud untuk memastikan kitaran 'khalifah palsu' terus kekal. - Foto INTERNET -

Rabu lalu, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataannya menyatakan seorang rakyat Singapura, Radjev Lal s/o Madan Lal (Radjev), 29 tahun, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada April lalu. Ini selepas Radjev menjadi radikal dan membuat persiapan untuk ke luar negara bagi menyertai konflik-konflik bersenjata. Radjev yang bekerja sebagai pemunggah di sebuah syarikat logistik mula menjadi radikal pada 2013 selepas dia diperkenalkan dengan ceramah-ceramah online yang disampaikan oleh pendakwah radikal, Imran Hosein (Imran). Penahanan ini memperlihatkan ideologi radikal ini terus menjadi ancaman kepada Singapura. BERITA HARIAN memaparkan pandangan seorang ilmuwan mengenai ancaman pengganas dari kumpulan ISIS yang masih belum berakhir.

SUMPAH setia kepada 'khalifah' ketiga kumpulan pengganas ISIS Abu Hassan al-Hashimi al-Qurashi menjadi bukti kejahilan dan kealpaan sebahagian umat Islam tentang konsep baiah yang pernah diamalkan oleh Rasulullah saw.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg