Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

SEMPENA HARI GURU: GURU PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

Tekad bantu murid istimewa mampu hidup berdikari

Sep 04, 2020 | 05:30 AM



GURU pelajar berkeperluan khas, Cik Nur Syafinaz Mohamed Rafit, masih ingat kelakuan seorang pelajar autistik yang akan baring di lantai dan menangis serta menjerit apabila baru dimasukkan ke sekolah beberapa tahun lalu.



Pengasuh pelajar tersebut didapati sering meneka apa yang dimahukan pelajar itu dan ini membuat kedua-duanya naik berang kerana masing-masing tidak memahami satu sama lain.



Kelakuan pelajar itu sukar difahami sehinggalah Cik Syafinaz memperkenalkan alat komunikasi yang membolehkan pelajar itu menunjukkan apa sebenarnya yang ingin dia katakan.



Selepas satu atau dua bulan, kelakuan mencabar pelajar itu berkurang dan dia mula mahu bergaul dengan pelajar lain.



Hubungan dengan pengasuhnya juga bertambah baik.



"Kami juga mula mempunyai satu ikatan istimewa. Dia akan datang ke arah saya dan memegang tangan saya," singkap Cik Syafinaz, 26 tahun.



Ini tahun kelima anak ketiga dalam keluarga empat beradik itu bertugas sebagai guru di Pusat Campur Tangan Awal Awwa yang menerima pelajar daripada usia dua hingga enam tahun.



Di sekolah, beliau dan seorang lagi guru ditugaskan kepada enam pelajar dan mereka melakukan kegiatan seperti menghasilkan kraf serta memasak sajian mudah seperti sandwic.



Guru juga melakukan kunjungan ke rumah pelajar setahun sekali bagi memahami rutin kanak-kanak itu di rumah serta membimbing pengasuh dan mengongsi strategi yang dapat membantu.



Cik Syafinaz, yang memutuskan mahu berkhidmat dalam sektor pendidikan khas sejak di sekolah menengah lagi setelah sering menjadi relawan di Persatuan Sindrom Down, akur tugas sebagai guru kanak-kanak berkeperluan khas amat mencabar pada mulanya dan tidak mudah mencari strategi yang berkesan bagi mereka.



Bagaimanapun dengan pengalaman yang diraih sejauh ini, strategi itu lebih mudah difikirkan tetapi ia tidak sama bagi semua pelajar dan tidak ada jaminan ia akan berkesan bagi pelajar.



"Guru perlu melakukan banyak pemerhatian dan perlu memahami daripada pengasuh tentang keadaan mereka di rumah. Guru perlu memahami sebab-sebab yang mendasari kelakuan tertentu yang ditunjukkan pelajar. Hanya dengan cara itu dapat kita memperkenalkan strategi yang sesuai," katanya.



Cik Syafinaz berkata pengasuh pelajar dan kasih sayang yang mereka curahkan kepada kanak-kanak istimewa itu, adalah sumber dorongan baginya terus berkhidmat.



Beliau melihat dirinya sebagai ejen untuk memperkasa keluarga kanak-kanak itu, dan juga berusaha menghapuskan salah tanggapan bahawa individu berkeperluan khas tidak dapat hidup berdikari.



"Tanggapan itu bertentangan dengan kerja saya iaitu untuk menjadikan mereka lebih berdikari menerusi pelbagai strategi dan campur tangan.



"Di awal tahun, saya meletakkan jangkaan untuk pelajar saya menunjukkan kemajuan. Bersama-sama keluarga dan anggota pasukan di sekolah, kami melakarkan matlamat yang hendak dicapai bagi enam bulan akan datang. Kami memberi tumpuan lebih kepada kemahiran sosial, kelakuan dan kemahiran adaptif seperti makan dan memakai pakaian sendiri," katanya.




"Bersama-sama keluarga dan anggota pasukan di sekolah, kami melakarkan matlamat yang hendak dicapai bagi enam bulan akan datang. Kami memberi tumpuan lebih kepada kemahiran sosial, kelakuan dan kemahiran adaptif seperti makan dan memakai pakaian sendiri."
- Cik Nur Syafinaz Mohamed Rafit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >