Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Terjemah karya ke bahasa Arab, Russia

Isa Kamari tebar sayap di persada antarabangsa
Jan 11, 2021 | 05:30 AM



SUDAH tiba masanya untuk warga dunia lebih mengenali dan menghargai pemikiran serta nilai yang terkandung dalam karya kontemporari bahasa Melayu.



Itulah luahan seorang sasterawan mapan, Encik Isa Kamari, yang merencana penterjemahan daripada buku bahasa Melayu ke dalam bahasa asing.



Sememangnya, Encik Isa Kamari gemar melestarikan karya terjemahan supaya ia boleh dinikmati oleh seluruh masyarakat tanpa mengenal batas sempadan dunia.



Sebelum ini, beliau pernah mencoret terjemahan dari penulisan Melayu ke dalam karya bahasa Inggeris. Melalui novel Memeluk Gerhana, Rawa dan Duka Tuan Bertakhta, maka terbitlah buku terjemahan bertajuk A Song Of The Wind, Rawa and 1819.



Keberanian Isa dianggap sebagai satu cabaran bagi memperkukuh keindahan sastera Melayu ke dalam jiwa masyarakat berbilang bangsa.



Bagi meneruskan wawasan untuk menyuburkan karya sastera Melayu ke peringkat antarabangsa, beliau telah mengeluarkan sebuah lagi buku bertajuk 'Kicau' yang sudah pun memiliki beberapa siri terjemahan.



Penulis berjiwa besar ini menjelaskan:



"Saya mahu berkongsi cerita dan falsafah yang saya dukung sebagai sumbangan pemikiran seorang anak Melayu Singapura kepada seluruh warga dunia."



Sejauh ini, Kicau telah pun diterjemah ke bahasa Inggeris, Arab dan Russia. Terjemahannya ke bahasa Sepanyol pula sedang diusahakan oleh seorang calon PhD dari Universiti Granada, Sepanyol.



Kedua-dua versi Melayu dan Inggeris novel ini boleh didapati dari penerbit Kitaab International di Singapura.



"Sekiranya sesiapa berminat, saya turut memiliki beberapa naskhah versi Arab dan Russia untuk dibaca.



"Saya mengharapkan agar novel ini dapat diterjemah ke bahasa-bahasa dunia yang lain kerana perutusan yang terkandung dalamnya adalah penting dan relevan untuk kehidupan masyarakat masa kini," ujar Encik Isa.



Ketika menulis skrip teater berjudul Sidang Burung untuk pementasan oleh Teater Ekamatra pada 2018, beliau mula tercetus untuk menampilkan novel Kicau yang mampu menyuburkan aliran pemikiran kukuh atas nama kebenaran.



"Skrip yang terhasil itu adalah berdasarkan karya agung Faridudin Attar berjudul Musyawarah Burung. Bermula dari situ, maka timbul keinginan untuk menulisnya dalam bentuk novel pula.



"Untuk tujuan itu, saya membangunkan naratif dengan menggunakan keadaan sosiopolitik Singapura sebagai latar belakang."



Dalam novel Kicau, beliau mengajukan falsafah hidup yang berbeza daripada apa yang terkandung dalam Musyawarah Burung karya Fariduddin Attar.



Beliau mengajukan pegangan agar meninggalkan hidup berasaskan keduniaan bagi mencapai tahap kerohanian yang murni.



Dalam masa yang sama, beliau turut mencadangkan agar mendakap dan merungkai permasalahan hidup di dunia ini dengan berpegang teguh kepada kebenaran, keadilan dan ihsan sebagai manifestasi nilai kerohanian yang tinggi.



Menurut penerima Anugerah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) 2018 ini, beliau menyerlahkan asas-asas pemahaman zahir dan batin dalam mengharungi gelora kehidupan dunia menerusi buku penulisan Kicau.



Kata Isa lagi:



"Kicau mengisahkan lawatan seorang datuk bernama Jati dengan cucunya Ilham ke Taman Burung Jurong. Di situ, mereka berbual dan berinteraksi dengan pelbagai jenis burung mengenai isu-isu yang timbul di Singapura pada masa kini.



"Selari dengan kisah tersebut, saya menceritakan perjalanan sekumpulan burung di alam rohani untuk mencari raja mereka yang bernama Simuk seperti yang pernah dikisahkan Fariduddin Attar dalam karya klasik beliau.



"Pada suatu bahagian dalam novel ini, burung-burung dari alam rohani tersebut singgah ke Taman Burung Jurong bersama ketua mereka, Hudhud, sebagai penzahiran falsafah yang ingin saya sampaikan mengenai kesatuan antara alam rohani dengan alam lahiriah dalam sesebuah kehidupan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >