Premium
Tiada ruang bagi ucapan kebencian antara kaum dan agama
Tidak kira sentimen dicetus di sini atau luar negara, ia harus ditentang demi elak polarisasi dalam masyarakat
Sep 25, 2017 | 5:30 AM

BERSAMA SALING MEMAHAMI ANTARA KAUM DAN AGAMA: Mufti Singapura, Dr Fatris Bakaram (kiri), di majlis jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu untuk para pemimpin pelbagai pertubuhan agama di sini. Menurut penulis, pemimpin agama juga harus menunjukkan contoh yang baik untuk menenangkan pengikutnya, membiarkan undang-undang dilaksanakan, menerima hasilnya, dan mengingatkan pengikut tentang keperluan hidup dalam masyarakat berbilang agama. - Foto fail -
SEMALAM orang Jerman keluar mengundi untuk pilihan raya yang dijangka melihat parti berhaluan kanan di Parlimen nasional buat kali pertama sejak Nazi dikalahkan pada 1945.
Parti Alternatif bagi Jerman (AfD) tidak wujud lima tahun lalu. Tetapi dalam masa yang singkat sejak ia dibentuk untuk menentang Kesatuan Eropah (EU), ia telah memenangi kesemua kerusi, kecuali tiga daripada 16 parlimen negeri.

