Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

CATATAN WARTAWAN

Tiba-tiba anak menjeritttt! Kenapa? Ibu bapa tertanya-tanya

Mar 06, 2023 | 05:30 AM



TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba anak menjerit dan berteriak sekuat hati.



Kalau di rumah masih okay, tetapi kalau si kecil menjerit di tengah-tengah tempat awam yang sesak dan penuh dengan orang ramai, seperti restoran….aduhai manalah nak letak muka ni?



Jeritan kuat mereka itu akan memecah suasana yang sebelum itu tenang dan orang ramai dengan serta-merta akan menoleh pandangan mereka ke arah anak kecil itu.



Pada waktu itu, ibu bapa akan melakukan sedaya upaya untuk cuba mendiamkan anak mereka itu.



Inilah yang berlaku kepada saya dan isteri baru-baru ini ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran.



Kami tidak menduga anak kami itu akan menjerit dengan tiba-tiba kerana sebelum ini ia tidak pernah terjadi.



Saya pasti ramai yang pernah melalui detik ini dan mungkin yang akan berasa khuatir akan tanggapan orang lain bahawa kita tidak pandai mendisiplinkan anak.



Si manja pula sedar yang jeritannya juga menarik perhatian anda dan tanpa rasa segan silu akan terus melakukannya.



Nak marah tak boleh…sebagai ibu bapa kita hanya dapat banyak bersabar.



Namun persoalannya, adakah ia satu perkara normal si kecil suka menjerit? Adakah ini hanya satu fasa dalam pembangunan mereka?



Memang kanak-kanak dan tabiat suka menjerit ini sukar dipisahkan.



Sebelum kita cuba memarahi mereka, ada baiknya kita kaji dulu mengapa anak kita suka menjerit walaupun tahu ia satu perbuatan yang akan mengundang perhatian yang tidak diingini.



Tabiat menjerit ini sering dikaitkan dengan kehendak anak untuk mendapatkan perhatian ibu bapa mereka.



Bila tidak mendapat sesuatu yang diinginkan, mulalah teriakan bak berada di sebuah konsert rok.



Ada pula pakar kanak-kanak yang menyatakan ia berlaku kerana kanak-kanak kecil ini sedang 'test' suara mereka yang boleh menjadi kuat dan adakalanya pula bertukar menjadi pelan.



'Fenomena' ini akan membuat mereka berasa begitu seronok dan teruja untuk terus menjerit tanpa menyedari perbuatan mereka itu sangat mengganggu.



Selain suka mendengar suara mereka sendiri, si comel juga suka melihat reaksi orang lain, terutama ibu bapa mereka.



Adakah ibu bapa akan melayan jeritan mereka itu dengan gelak ketawa ataupun marah.



Pada usia 18 bulan, seorang kanak-kanak biasanya akan tahu lebih daripada 50 perkataan, kata Cik Elaine Weitzman, ahli patologi bahasa pertuturan dari Amerika Syarikat.



Dengan pertuturan yang terhad, kanak-kanak kecil akan menggunakan kaedah lain untuk meluahkan perasaan mereka.



Walaupun begitu, jelas, menjadikan jeritan sebagai kaedah komunikasi tidak akan diterima dengan baik oleh semua orang, meskipun anak itu masih kecil.



Sesetengah orang akan bersimpati kepada ibu dengan anak yang menjerit di kedai runcit, kata Cik Andrea Ramsay Speers, seorang pendidik keibubapaan dari Amerika, tetapi ada pula akan merasakan ianya satu perkara yang menjengkelkan.



"Sebagai ibu bapa, anda pasti tidak ingin mengganggu ketenteraman awam, namun pada masa yang sama, anda juga mahu imbangi keperluan anak kecil anda agar mereka dapat mengekspresikan diri mereka," katanya.



Jadi apakah antara cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi tabiat anak suka menjerit ini?



Sebagi contoh anda boleh cuba untuk mengalihkan perhatian mereka.



Ketika mereka menjerit, terutama di tempat awam, anda boleh alihkan perhatian mereka dengan menunjuk kepada sesuatu objek yang menarik.



Atau anda boleh sahaja melakukan suara atau ekspresi lucu yang akan membuat mereka tertawa.



Antara cara lain yang amat berkesan bagi saya adalah untuk mengambil pendekatan menjadikannya satu permainan.



Saya akan meletakkan jari telunjuk ke bibir sambil berbisik kepada anak saya satu keratan lirik dari lagu lagu kegemarannya, 'Wheels on the bus'.



Apabila dinyanyikan "mummy on the bus, go shh shh shh", anak saya akan turut ikut serta apa yang saya lakukan dan jeritan itu tidak lagi kedengaran secara ajaib.



Dalam masa yang sama ini juga merupakan antara cara anda dapat bermain dengan anak anda.



Bilakah ibu bapa perlu berasa bimbang dengan tabiat menjerit ini?



Beberapa pakar mengesyorkan bahawa ibu bapa mengikut naluri mereka.



Meskipun benar bahawa jeritan dan kesukaran berkomunikasi boleh menjadi petunjuk kepada isu pembangunan yang mendasar, ia jarang berlaku secara berasingan.



Jika ada sebab untuk anda berasa bimbang, tabiat menjerit yang tidak henti ini kadangkala disertai dengan perkara lain seperti kebimbangan pemprosesan deria (sensory processing concerns) atau kelewatan bahasa.



Justeru, penting untuk anda meluahkan kebimbangan ini kepada pakar pediatrik anak anda apabila anda mendapati ada perkara yang tidak kena.




"Sebelum kita cuba memarahi mereka, ada baiknya kita kaji dulu mengapa anak kita suka menjerit walaupun tahu ia satu perbuatan yang akan mengundang perhatian yang tidak diingini.
Tabiat menjerit ini sering dikaitkan dengan kehendak anak untuk mendapatkan perhatian ibu bapa mereka.
Bila tidak mendapat sesuatu yang diinginkan, mulalah teriakan bak berada di sebuah konsert rok.''
- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >