Pemutus rantaian jangkitan (CB) adalah tempoh mencabar bagi ramai orang terutama sekali golongan berkeperluan khas dan keluarga mereka. Ada di kalangan mereka sukar menyesuaikan diri dengan perubahan yang disebabkan oleh CB sehingga mereka mengalami tindak balas seperti marah, merengek dan murung. Dalam laporan berikut, BERITA MINGGU melaporkan tiga keluarga dengan anggota berkeperluan khas dan cara mereka menangani cabaran CB sambil menghiburkan insan-insan istimewa itu di rumah.
KELUARGA Cik Iffa Adriana Muhd Taufik, yang terdiri daripada ibu, abang dan adik lelakinya, memang gemar bersenam dan bersukan, tetapi gadis berusia 20 tahun itu tidak pernah dapat menyertai senaman berat mereka.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg