Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Lidah Pengarang

Usaha RRG perangi ideologi ekstrem tidak bernoktah

May 07, 2023 | 05:30 AM



SETELAH dua dekad memerangi ideologi ekstrem, kerja yang dilakukan asatizah di bawah Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) masih belum nampak penghujungnya.



Malah, peranan kumpulan tersebut semakin penting dengan ancaman pengganasan kini berubah kepada golongan yang dipengaruhi dan menjadi ekstrem secara sendiri menerusi bahan-bahan yang diperolehi menerusi Internet.



Dalam majlis meraikan ulang tahun ke-20 kumpulan tersebut pada 3 Mei lalu, tetamu terhormat, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, menekankan ancaman pengganasan dan fahaman pelampau masih kekal dan sentiasa berubah kepada bentuk yang baru.



Justeru, Singapura menurutnya perlu sentiasa bersikap berhati-hati.



Penilaian Encik Lee itu berdasarkan kumpulan seperti ISIS, Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah (JI) kekal aktif dan terus mempengaruhi pengikut dari serata dunia untuk melakukan serangan.



Lantaran itulah, usaha yang dilakukan asatizah RRG secara sukarela merupakan satu keperluan yang besar kemungkinan tidak akan berakhir.



Selagi ada pihak-pihak yang terus menyalahguna nama agama demi kepentingan sendiri, selagi itulah RRG harus bersiap sedia sebagai sumber kaunseling di peringkat awal - iaitu sebelum fahaman pelampau berakar umbi dalam diri seseorang individu - dan juga di peringkat pemulihan di mana pendirian seseorang yang terpesong daripada realiti dan ajaran agama harus diperbetulkan.



Kerja RRG yang terus kekal relevan dan penting perlu dilakukan berlatarbelakangkan kritikan dan suara sinis segelintir anggota masyarakat, yang tidak memahami sepenuhnya bukan hanya ancaman, malah juga kesannya sekiranya masyarakat Islam sendiri tidak menyumbang kepada usaha menangani ancaman tersebut.



Meskipun, suara-suara tersebut datang daripada kumpulan yang amat kecil, ia boleh mematahkan semangat asatizah kita yang berkorban masa, wang dan tenaga untuk menyumbang kepada usaha pemulihan.



Bahkan, kerja yang dilakukan melebihi kaunseling dan pemulihan ke atas individu ekstrem.



Asatizah kita juga membantu dan menyokong anggota keluarga individu di bawah tahanan.



Perjalanan dalam usaha memerangi ideologi ekstrem ini besar kemungkinan akan berpanjangan, malah bakal menjadi lebih rumit dan mencabar.



Perkara ini diakui Perdana Menteri sendiri, yang mendedahkan Singapura dilihat sebagai sasaran penting oleh kumpulan pengganas dan nama negara ini terus menjadi sebutan dalam propaganda songsang mereka.



Sehubungan dengan itu, individu yang menjadi radikal secara sendiri di Singapura juga terus meningkat dalam tahun-tahun kebelakangan ini.



Sejak 2015, Singapura telah menangani 49 kes individu yang menjadi radikal secara sendiri di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - empat kali ganda jumlahnya berbanding kes yang ditangani antara 2007 dengan 2014.



Justeru, sebagai sebuah masyarakat, kita harus melahirkan penghargaan dan sokongan kepada golongan asatizah ini dan RRG secara umumnya, agar mereka menyedari bahwa mereka tidak bersendirian dalam perjuangan memerangi ideologi ekstrem.




Selagi ada pihak-pihak yang terus menyalahguna nama agama demi kepentingan sendiri, selagi itulah RRG harus bersiap sedia sebagai sumber kaunseling di peringkat awal - iaitu sebelum fahaman pelampau berakar umbi dalam diri seseorang individu - dan juga di peringkat pemulihan di mana pendirian seseorang yang terpesong daripada realiti dan ajaran agama harus diperbetulkan.

Kerja RRG yang terus kekal relevan dan penting perlu dilakukan berlatarbelakangkan kritikan dan suara sinis segelintir anggota masyarakat, yang tidak memahami sepenuhnya bukan hanya ancaman, malah juga kesannya sekiranya masyarakat Islam sendiri tidak menyumbang kepada usaha menangani ancaman tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >