Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Wawancara dalam bahasa Mandarin? *Mei Wen Ti

May 29, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA bulan lalu, saya ditugaskan membuat laporan jenayah berikutan pembunuhan yang berlaku ke atas budak lelaki kembar, 11 tahun di Upper Bukit Timah.



Selalunya jika berlaku kisah jenayah, wartawan di tapak kejadian perlu banyak bertanya kepada orang sekeliling yang tinggal di kawasan itu bagi mendapatkan komen daripada mereka yang berada di situ.



Untuk menulis laporan, wartawan boleh menyelitkan apa yang dikongsi saksi dan ini termasuk apa yang mereka lihat, dengar atau ketahui tentang kes tersebut.



Ini bermakna wartawan perlu menemu ramah seberapa banyak orang yang berada di situ atau tinggal di kawasan berdekatan sebelum akhirnya memilih antara perkongsian terbaik sebagai komen untuk digunakan dalam laporan yang dihasilkan.



Melakukan demikian bukan sesuatu yang sukar bagi saya memandangkan saya ni memang jenis yang gemar berbual.



Tetapi saya rasa seakan terhambat hari itu.



Ini kerana kebanyakan penduduk di kawasan itu merupakan penduduk berbangsa Tionghua.



Meski mereka boleh berbual dalam bahasa Inggeris, tetapi inti pati yang dikongsikan tidak begitu terperinci jika dibandingkan sekiranya mereka berkongsi dalam bahasa Mandarin.



Ada beberapa kali, saya terpaksa "menempel" dengan wartawan daripada akhbar Cina untuk mendapatkan bantuan mereka menterjemahkan apa yang dikongsi penduduk di situ.



Sungguhpun demikian, terjemahan yang diberikan agak pendek dan sekadar rumusan sahaja.



Apabila pemilik syarikat khidmat pengebumian datang di tapak kejadian untuk melakukan upacara keagamaan, wartawan yang mengelilinginya juga mula bertanyakan soalan kepadanya dengan pertanyaan dalam bahasa Mandarin mendominasi sesi soal jawab itu.



Terpaksa saya mengharapkan bantuan wartawan yang memahami bahasa Mandarin untuk membantu saya menterjemahkan apa yang dikongsi.



Mungkin ramai yang tidak ketahui, tetapi dalam kalangan wartawan adakalanya mereka agak "lokek" untuk mengongsi maklumat, lebih-lebih lagi jika anda daripada syarikat yang berlainan.



Daripada episod itu, saya mula sedar sesuatu, meski saya sudah menjadi wartawan lebih 10 tahun, saya rasa saya kekurangan satu kemahiran - memahami bahasa Mandarin.



Dalam kehidupan masyarakat berbilang bangsa dan bahasa di Singapura, sewajarnya lebih baik jika kita cuba memahami bahasa kaum lain.



Selama ini, ada juga situasi di mana individu yang diwawancara bertutur dalam bahasa Mandarin apabila mereka perlu menjawab dalam bahasa tersebut.



Tetapi selalunya, apabila ia berlaku, wartawan yang tidak memahami bahasa tersebut, akan berdiri ke tepi dan menanti sehingga individu yang perlu diwawancara itu menjawab soalan dalam bahasa Inggeris.



Namun sebaliknya, jika akhbar bahasa lain datang untuk membuat laporan yang berkisahkan masyarakat Melayu, saya dapati mereka selalunya akan menghantar mereka yang memahami bahasa Melayu sama ada mereka merupakan asal warga Malaysia atau memahami sedikit bahasa Melayu.



Dan saya mula terfikir sejenak, mengapa selama ini saya tidak pernah terfikir untuk mahu mempelajari bahasa Mandarin?



Saya sebenarnya mempunyai pemahaman asas bahasa Mandarin. Itupun sekadar belajar sendiri kerana dulu semasa saya di bangku sekolah, suka sangat menonton drama berbahasa Mandarin di Channel 8.



Daripada situ, saya mula memahami kata-kata asas Mandarin. Tetapi sayangnya saya tidak meneruskan usaha untuk terus mempelajarinya.



Berikutan episod ini, saya mula bertekad dan terus mendaftarkan diri untuk kelas bahasa Mandarin demi memperkukuh pemahaman saya dalam bahasa tersebut.



Dan ini juga merupakan kali pertama saya menggunakan SkillsFuture untuk membayar bagi kursus itu.



Rasanya berbaloi juga kerana saya sudahpun tamat peringkat pertama pembelajaran asas perbualan bahasa Mandarin.



Seberapa yang boleh, saya akan menggunakan apa yang saya pelajari terutama apabila terdapat peluang-peluang kecil seperti ketika memesan air di kedai kopi.



Tahap keyakinan saya bertutur dalam bahasa Mandarin itu bertambah terutama apabila nyonya di kedai kopi memuji cara pertuturan saya.



Secara kebetulan, anak saya di sekolah rendah juga sedang mempelajari bahasa Mandarin perbualan di sekolah.



Saya menyokong usaha pihak Kementerian Pendidikan (MOE) memperkenalkan inisiatif ini agar murid dapat mengenali asas bahasa lain melebihi bahasa ibunda mereka sendiri.



Bukan sahaja ia membolehkan mereka memahami apa yang dikatakan teman lain yang berbahasa demikian, tetapi juga mengeratkan hubungan dengan bangsa lain lebih-lebih lagi sedang kita hidup dalam masyarakat majmuk di Singapura.



Dengan kemahiran yang saya raih ini, bolehlah saya mula berjinak-jinak menggunakan pengetahuan asas yang saya miliki ini terutama apabila perlu menemu ramah mereka yang selesa dalam bahasa Mandarin.



Saya boleh katakan kepada mereka:



"Wo shi ma lai ren, ke shi wo hui shuo hua yu!" (Saya orang Melayu tetapi saya boleh berbahasa Mandarin).




*Wei Mei Ti - Tiada masalah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >