Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Hutang isi rumah S’pura turun ke paras terendah dalam sedekad: MAS

Bank pusat nasihati peminjam terus hati-hati kerana kadar faedah mungkin kekal tinggi
Nov 27, 2023 | 04:14 PM



Rakyat Singapura telah mengurangkan paras hutang mereka kerana kadar faedah tinggi tidak menggalak mereka mengambil pinjaman baru dan pertumbuhan pendapatan sihat membantu melunaskan hutang mereka, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam sebuah laporan pada Isnin.

Keseluruhan hutang isi rumah berkurangan bagi lapan suku berturut-turut kepada 1.2 kali daripada pendapatan boleh guna peribadi pada suku ketiga 2023.

Ia paras terendah dalam lebih 10 tahun, kata MAS dalam laporan Kajian Kestabilan Kewangan bagi 2023.


MAS berkata isi rumah berhati-hati dalam mengambil pinjaman tambahan berikutan kenaikan kadar faedah sejak separuh kedua 2022, mengakibatkan pengurangan jumlah yang mereka hutang sejak setahun lalu.

Kadar faedah di Singapura, seperti yang diukur oleh Purata Kadar Semalaman Singapura yang dikompaun selama tiga bulan (3M SORA) – yang digunakan sebagai penanda aras bagi harga pinjaman, termasuk gadai janji – meningkat kepada lebih 3.5 peratus pada separuh kedua 2023, daripada kurang setengah peratus pada separuh pertama 2022.

Pengurangan terbesar ialah dalam pinjaman peribadi, yang membentuk kira-kira satu perempat keseluruhan hutang isi rumah.

Pertumbuhan pendapatan dan penampan kewangan – dalam bentuk simpanan tambahan – juga mengurangkan kos pembayaran hutang yang semakin meningkat bagi isi rumah dan membantu mengekalkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) dan risiko pinjaman yang rendah.

Risiko pinjaman adalah keterdedahan kepada pengurangan pendapatan yang menghalang peminjam memenuhi kewajiban pembayaran balik hutang mereka.

Untuk memastikan daya tahan kewangan isi rumah, MAS juga menjalankan ujian tekanan mengenai bagaimana keadaan peminjam dalam menghadapi senario ekonomi yang drastik.

Ujian tersebut menunjukkan kebanyakan peminjam yang membiayai semula pinjaman perumahan yang lebih tinggi akan dapat mengendalikan pembayaran balik bulanan yang lebih tinggi sekiranya berlaku kenaikan kadar faedah atau kehilangan pendapatan.

Namun, sebilangan kecil peminjam yang mempunyai pinjaman tinggi mungkin gagal membayar balik pinjaman mereka tepat pada masanya.

Oleh itu, MAS memberi amaran bahawa peminjam harus terus berhati-hati kerana kadar faedah berkemungkinan kekal tinggi.

“Peminjam harus kekal berhemat dan terus mengekalkan penampan mudah tunai yang mencukupi untuk menahan potensi kejutan,” kata MAS.

Nasihat MAS itu datang kerana kenaikan gaji nominal dijangka menjadi sederhana dalam keadaan pertumbuhan yang lebih perlahan dan ketidaktentuan makroekonomi global pada suku tahun hadapan.

“Oleh itu, peminjam harus kekal berhemat dan mengekalkan penampan kewangan mereka apabila boleh untuk melindungi daripada kemungkinan kejutan,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >