Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Konsortium kemuka dua bidaan bagi tapak mega di Daerah Tasik Jurong

Mar 27, 2024 | 04:42 PM



Sebuah konsortium yang terdiri daripada lima firma hartanah terkemuka membuat bidaan secara bersama untuk tender bagi tapak pemaju induk di Daerah Tasik Jurong, yang bakal menjadi daerah perniagaan terbesar Singapura di luar pusat bandar.

Konsortium yang terdiri daripada CapitaLand Development, City Developments (CDL), Frasers Property, Mitsubishi Estate dan Mitsui Fudosan (Asia) itu mengemukakan dua bidaan dengan cadangan konsep berbeza untuk pembangunan tapak putih Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) seluas 6.5 hektar, merangkumi tiga plot, sebelum tender ditutup pada 26 Mac.

CapitaLand Development, CDL dan Frasers Property masing-masing akan memegang 25 peratus kepentingan dalam konsortium tersebut, manakala Mitsubishi Estate dan Mitsui Fudosan (Asia) masing-masing akan memiliki 12.5 peratus kepentingan.

Tawaran akan dinilai di bawah pendekatan tender konsep, serta harga dan pendapatan, yang memerlukan petender mengemukakan cadangan konsep dan harga tender secara berasingan.

Hanya cadangan konsep yang disenarai pendek akan dipelawa menyertai peringkat kedua, yang akan dinilai berdasarkan harga sahaja, lapor The Straits Times (ST).


Ketua penyelidikan dan kandungan di PropNex, Cik Wong Siew Ying, berkata tapak tersebut boleh mempunyai harga tanah $3.5 bilion hingga $3.9 bilion, berdasarkan harga tanah tertinggi sebanyak $900 hingga $1,000 setiap kaki persegi (psf) setiap nisbah plot (ppr).

Ketua penyelidikan bagi Singapura dan Asia Tenggara di syarikat perundingan hartanah CBRE, Cik Tricia Song, menjangka bidaan tertinggi sekitar $1,000 psf ppr, sebelum mengambil kira kos prasarana dan kejuruteraan untuk mencapai pelbagai ciri kemampanan, pelepasan sifar bersih, ‘car-lite’ (kurang menggunakan kenderaan), penyejukan daerah, dan penyepaduan, yang dijangka memerlukan belanja besar.


Ketua penyelidikan dan perundingan di syarikat perkhidmatan hartanah JLL, Cik Tay Huey Ying berkata bahawa adalah tidak hairan tapak tersebut menarik penyertaan konsortium pemaju yang mempunyai pengalaman luas dalam projek pelbagai kegunaan berskala besar, memandangkan “keperluan pelaburan besar dan komitmen jangka panjang yang mungkin memakan masa 10 tahun atau lebih, di samping sifat khusus dan rumit projek tersebut”.

Tapak seluas 365,000 meter persegi (sqm) itu boleh mempunyai sekitar 1,700 unit perumahan, 146,000 sqm ruang pejabat, di samping 73,000 sqm keluasan lantai kasar (GFA) untuk kegunaan pelengkap, seperti kedai, hotel, serta perniagaan makanan dan minuman, serta hiburan.

Cadangan pembangunan bersepadu itu akan disiapkan secara berperingkat sepanjang 10 hingga 15 tahun akan datang.

Dalam fasa pertama, pemaju induk dikehendaki membangun ruang pejabat dengan keluasan sekitar 70,000 sqm GFA, 600 rumah swasta, sebuah pusat pembangunan awal kanak-kanak, pasar raya dan pusat makanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >