Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8 huraian hijau bakal diuji di Daerah Tasik Jurong

Jul 12, 2023 | 06:04 PM



Bayangkan anda melangkah masuk ke dalam bangunan dengan suhu alat hawa dingin yang sesuai dan tepat meskipun udara di luar sejuk dek hujan. 

Ini boleh menjadi kenyataan tidak lama lagi dengan sistem pengurusan bangunan bijak ciptaan syarikat pemula, Zuno Carbon. 

Dengan masa nyata dan data sejarah bangunan seperti penggunaan kuasa sesebuah bangunan, masa dan jumlah pergerakan manusia, sistem itu dapat meramalkan suhu sesuai bagi bangunan, termasuk faktor kelembapan, lebih kurang empat jam lebih awal.

Ia kemudian menjana saranan bagi pemanasan sistem optimum, sistem pengudaraan dan pendingin hawa (HVAC) untuk mengimbangi kecekapan tenaga dan keselesaan penghuni bangunan.

Menjelaskan senario di mana suhu sesebuah bangunan mungkin meningkat kerana jumlah orang yang ramai, sistem HVAC mungkin perlu diselaraskan untuk mengekalkan keselesaan suhu optimum, menurut pengasas bersama Zuno Karbon, Encik Jason Wong.

Keselesaan suhu bermakna seseorang tidak berasa terlalu panas atau sejuk di dalam rumah dan ditentukan oleh kelembapan, suhu dan pergerakan udara.

“Bertindak balas terhadap peningkatan suhu yang mendadak disebabkan oleh trafik yang tinggi dan menyesuaikannya secara manual akan memberi tekanan kepada sistem HVAC dan penggunaan kuasa.

“Justeru huraian kami meramalkan keselesaan suhu yang diperlukan dan membuat penyesuaian yang perlu secara automatik,” tambah Encik Wong.

Menurut beliau, ia juga lebih mampan untuk alam sekitar.

Huraian tersebut akan dirintis dalam skala kecil di Pusat Beli-belah Jurong East, Jem. Ia juga boleh diubah suai di bangunan lain jika ia didapati berkesan.

Ia merupakan salah satu daripada lapan projek inovatif yang memenangi cabaran inovasi Daerah Tasik Jurong (JLD) yang diadakan dari 24 Februari sehingga 5 Mei lalu.

Projek-projek itu diumumkan dalam satu majlis anugerah yang diadakan di Pusat Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Selasa.

Dianjurkan oleh URA, Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), pertandingan itu menyaksikan pasukan yang mengambil bahagian mengemukakan usulan bagi penyelesaian bandar berdasarkan cabaran yang dikeluarkan oleh pihak-pihak berkepentingan dalam JLD.

Ia termasuk CapitaLand, Hospital Besar Ng Teng Fong, Hospital Masyarakat Jurong, Lendlease Global Commercial Reit, Pusat Sains Singapura, SMRT dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Dalam ucapan di majlis anugerah itu, Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, Encik Desmond Lee, berkata JLD akan menjadi daerah perniagaan terbesar Singapura di luar kawasan pusat bandar.

Ini memberi peluang sekali dalam satu generasi untuk mengukir masa depan pembangunan bandar di Singapura sedang ia mengejar sebuah bandar yang lebih hijau, mampan dan inklusif, kata Encik Lee.

Memberi contoh, beliau berkata pemerintah mahu semua pembangunan baru dalam JLD mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2045, lima tahun lebih awal daripada sasaran nasional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >