Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2,000 penduduk rai keterangkuman, inisiatif hijau di Hari Masyarakat East Coast

Jul 08, 2023 | 08:23 PM



Hampir 2,000 penduduk East Coast menyertai acara bagi merai kepelbagaian dan mempromosikan keterangkuman sebagai sebahagian daripada Hari Masyarakat East Coast di Kelab Masyarakat Siglap pada Sabtu.

Acara itu turut disertai penasihat akar umbi GRC East Coast – Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat; Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How; Timbalan Speaker, Cik Jessica Tan; dan Anggota Parlimen, Cik Cheryl Chan.

Di acara itu, kelima-lima penasihat akar umbi GRC East Coast membentangkan Gems of East Coast, peta dalam bentuk Singapura yang terdiri daripada kolaj gabungan foto berukuran empat kali tiga meter.


Peta itu memasuki Buku Rekod Singapura bagi peta terbesar yang memuatkan foto-foto sumbangan masyarakat umum.

Antara kegiatan yang disediakan pada acara itu termasuk kelas memasak makanan sihat dan bengkel menanam sumber makanan.

Ia selaras dengan usaha GRC East Coast untuk membuat kawasan itu lebih sihat dan hijau.

Mengulas tentang daya usaha hijau tersebut, Encik Heng berkata:

“Saya terharu melihat ramai penduduk pada Hari Masyarakat terbesar kami setakat ini. Saya melawat ‘Koridor Hijau’ yang mempamerkan 10 inisiatif hijau yang kami ada.

“Ini termasuk kitar semula dan bahan yang ditanam sebagai sumber makanan. Kami berharap dapat melihat lebih ramai orang tampil untuk bekerjasama dengan kami dalam membina East Coast yang lebih hijau, salah satu tunggak Pelan East Coast kami.”

Di samping itu, Dr Maliki berkata Hari Masyarakat East Coast memastikan ia inklusif dan memenuhi keperluan pelbagai penduduk.

Justeru, GRC East Coast telah menyediakan sebuah van SilverMobil, khas untuk membawa penduduk yang mengalami masalah pergerakan, terutama yang menggunakan kerusi roda, untuk berulang-alik ke Kelab Masyarakat Siglap bagi memastikan mereka dapat menghadiri acara tersebut.

“Hari Masyarakat East Coast adalah acara inklusif bagi memenuhi keperluan penduduk daripada semua peringkat umur serta pelbagai lapisan masyarakat dengan pelbagai minat.

“Rangkaian kegiatan mempamerkan kemeriahan kehidupan di East Coast. Ini juga terbukti daripada kolaj foto Gems of East Coast yang mencatat rekod yang diumumkan hari ini, sebagai penghormatan kepada kehidupan di sini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >