Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 950,000 isi rumah bakal terima rebat imbangi bil utiliti, penyengaraan mulai Jan

Dec 31, 2022 | 05:30 AM



KIRA-KIRA 950,000 isi rumah Singapura yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) masing-masing akan menerima rebat sehingga $190 dalam bentuk baucar cukai barang dan perkhidmatan (GSTV)-U-Save mulai Januari untuk mengimbangi kenaikan GST dan kos sara hidup yang semakin meningkat.



Rebat yang dikeluarkan setiap empat bulan pada setiap tahun kewangan - pada April, Julai, Oktober dan Januari - menyaksikan isi rumah yang layak, menerima dua kali ganda rebat biasa U-Save mereka pada tahun kewangan ini, yang berakhir pada Mac 2023.



Isi rumah di flat satu dan dua bilik HDB menerima rebat terbesar sebanyak $190, manakala isi rumah di flat tiga bilik akan menerima $170, kata Kementerian Kewangan (MOF) semalam.



Rakyat Singapura yang layak dan tinggal di flat empat bilik akan mendapat $150, manakala mereka di flat lima bilik menerima $130.



Mereka yang tinggal di flat eksekutif atau berbilang generasi akan mendapat $110.



Ini adalah jumlah bil utiliti bagi kira-kira lapan hingga 10 bulan untuk purata isi rumah di flat satu atau dua bilik, atau empat hingga enam bulan bil utiliti untuk purata isi rumah di flat tiga atau empat bilik.



Rebat U-Save atau Baucar GST (GSTV) tambahan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun utiliti yang diuruskan SP Services.



Selain itu, isi rumah di flat satu hingga lima bilik akan mendapat rebat GSTV selama 0.5 bulan untuk bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC), yang akan dikreditkan ke akaun S&CC yang diuruskan oleh majlis bandaran masing-masing pada Januari ini.



Rebat U-Save dan S&CC adalah sebahagian daripada skim GSTV kekal pemerintah dan Pakej Jaminan, yang pertama kali diumumkan pada 2020.



Bagi Encik Yusof Samad, 61 tahun, yang bekerja sebagai pemandu pengangkutan di pusat jagaan warga emas, dan tinggal di HDB 5 bilik, isi rumahnya akan menerima $130 dalam rebat U-Save dan rebat S&CC setengah bulan pada Januari 2023.



Dalam bulan yang sama, isi rumahnya juga akan menerima baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) sebanyak $300.



Selain itu, Encik Yusof akan menerima $250 di bawah GSTV- Tunai (Bonus Warga Emas) dan $150 ke bawah Pakej Jaminan MediSave pada Februari 2023.



Encik Yusof berkongsi bahawa beliau "menghargai usaha pemerintah dan bersyukur kerana pemerintah menjaga warga emas dengan baik".



Usaha tambah nilai adalah sebahagian daripada Pakej Jaminan Pemerintah yang pertama kali diumumkan pada 2020.



Pakej itu diberi rangsangan $1.4 bilion pada November untuk membantu rakyat Singapura menghadapi kenaikan GST yang akan datang pada Januari daripada 7 peratus kepada 8 peratus, dan kini bernilai $8 bilion keseluruhannya.




REBAT DAN BAUCAR CDC YANG AKAN DITERIMA



  • Baucar GST (GSTV) - U-Save akan dikreditkan terus ke dalam akaun utiliti isi rumah yang diuruskan oleh SP Services. Isi rumah tidak perlu buat apa-apa untuk mendapat manfaat rebat tersebut. Rebat bermula dari S$190 untuk rumah 1-2 bilik hingga $110 untuk rumah Eksekutif atau Multi-Generasi.

  • Sebagai penambahan kepada rebat GST - U-Save dan bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan S&CC untuk isi rumah yang layak, setiap isi rumah juga terima Kredit Utiliti Isi Rumah sebanyak $100 sekali sahaja (HUC) pada September 2022.

Selain rebat GSTV - U-Save dan S&CC pada Januari 2023, warga Singapura yang layak akan menerima faedah berikut pada bulan Januari dan Februari 2023 akan datang:



  • Pada 3 Januari 2023, setiap isi rumah Singapura akan menerima sejumlah $300 baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC). Ini terdiri daripada Baucar CDC $200 di bawah Pakej Jaminan (AP) dan $100 Baucar CDC daripada Pakej Sokongan $1.5 bilion yang diumumkan pada Oktober 2022.

  • Baucar CDC boleh digunakan di peniaga dan penjaja yang mengambil bahagian, dan juga pasaraya. Butiran lanjut akan diumumkan oleh CDC tidak lama lagi.

  • Pada Februari 2023, warga emas yang berpendapatan rendah berumur 55 tahun dan ke atas akan terima wang tunai sehingga $300, di bawah GSTV - Tunai (Bonus Warga Emas).

  • Pada Februari 2023, warga emas yang layak berumur 55 tahun ke atas, dan warga Singapura berumur 20 tahun dan ke bawah akan menerima $150 dalam CPF mereka ke Akaun MediSave di bawah AP MediSave.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >