Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lebih 200 cukur rambut demi pesakit barah kanak-kanak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 200 cukur rambut demi pesakit barah kanak-kanak

Apr 28, 2024 | 02:06 PM



Lebih 200 orang telah tampil secara sukarela untuk mencukur rambut sebagai tanda sokongan mereka kepada pesakit barah kanak-kanak. Usaha murni itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada kempen terbaru inisiatif Hair For Hope (HfH) kendalian Yayasan Barah Kanak-Kanak (CCF).

HfH bertujuan mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang barah kanak-kanak, selain menunjukkan kepada golongan pesakit barah bahawa mereka tidak keseorangan dalam perjuangan mereka.

Tema kempen HfH pada 2024 ialah ‘Hope is Yours to Give’, atau Harapan adalah Milik Anda untuk Memberi, yang bertujuan menggariskan tanggungjawab kolektif bagi memberikan harapan dan sokongan kepada mereka yang sedang melawan barah. Kempen 2024 berlangsung dari 1 April hingga 18 Ogos.

Sejak penubuhan inisiatif itu pada 2003, HfH telah menarik 70,159 orang untuk mencukur rambut dan mengumpul dana sebanyak $49.3 juta untuk menyokong kanak-kanak dan keluarga yang terjejas oleh barah kanak-kanak.

Matlamatnya pada 2024 adalah menyatukan 4,000 orang untuk mencukur rambut dan meraih kutipan dana sebanyak $4.8 juta.

Dalam acara pembukaan kempen HfH 2024 di Biara Kong Meng San Phor Kark See pada 28 April, selebriti tempatan, Julie Tan diperkenalkan sebagai salah seorang daripada duta inisiatif itu. Beliau juga merupakan duta selebriti wanita pertama HfH.

Tan yang datuk dan mak ciknya menghidap barah, ingin menyampaikan mesej ketahanan dan harapan kepada kanak-kanak yang menghidapi barah agar kekalkan semangat yang kuat serta berani melawannya.

“Perjalanan datuk dan makcik saya mengajar saya bahawa walaupun dalam masa yang paling gelap, masih ada saat-saat harapan, cinta, dan tekad yang tidak berbelah bahagi,” kata beliau.

Seorang lagi duta HfH ialah Encik Tan Yi Jun, bekas pesakit barah kanak-kanak dan penyokong lama CCF. Didiagnos dengan tumor sel kuman mediastinum tahap empat pada usia 11 tahun, perjalanan Encik Tan diharap dapat menjadi pembakar semangat kepada pesakit barah kanak-kanak lain.

“Jika saya boleh membawa sikap positif dengan memberitahu kanak-kanak yang menghidap barah bahawa mereka tidak bersendirian, maka saya tidak kisah mencukur rambut saya setiap kali sehingga semua kanak-kanak pulih,” ujarnya.

Acara utama HfH bakal diadakan pada 27 Julai dan 28 Julai di Vivocity.

Pengunjung akan dapat turut serta dalam pelbagai kegiatan menarik, melihat pameran interaktif dan mendengar kisah pesakit barah yang menyayat hati. Barang eksklusif HfH juga akan dilancarkan di acara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >