Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

MOE teroka aturan kerja lebih fleksibel untuk guru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE teroka aturan kerja lebih fleksibel untuk guru

Chun Sing: MOE sedang kaji bagaimana sesuaikan jadual dan beban kerja guru
Apr 28, 2024 | 01:33 PM



Kementerian Pendidikan (MOE) sedang menimbangkan permintaan guru, terutama daripada golongan muda, untuk melaksanakan aturan kerja lebih fleksibel.

Ini meskipun usaha itu mungkin tidak mudah, memandangkan jadual sekolah harian golongan guru. 

Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing berkata satu semakan, yang bermula pada akhir 2023, sedang mengkaji bagaimana untuk menyesuaikan jadual dan beban kerja guru untuk menangani “trend baru” yang inginkan aturan yang lebih fleksibel. 

“Sebagai contoh, lebih ramai generasi muda dan juga mereka yang tidak begitu muda, mahukan gaya hidup yang lebih fleksibel,” kata beliau. 

Dalam satu sesi temu bual dengan akhbar The Straits Times pada 24 April, Encik Chan menyatakan bahawa satu lagi trend yang diperhatikan MOE ialah keperluan bagi guru mempunyai pengalaman dan kebolehan yang lebih pelbagai dalam laluan kerjaya mereka.


Encik Chan berkata demikian di hari terakhir Sidang Puncak Antarabangsa mengenai Kerjaya Perguruan.

Butir-butir lanjut mengenai rancangan kementerian itu akan dibentang pada lewat 2024. 

Encik Chan berkata kementerian sedang mengkaji semula tenaga kerja mengajar untuk memenuhi keperluan yang kian berubah. 

Sebagai contoh, sekolah boleh menimbangkan mempunyai beberapa jawatan “fleksi sambilan”, kata beliau.

“Beban seseorang berbeza kerana keutamaan anda yang berlainan dalam kehidupan. Saya fikir kita boleh mencari jalan untuk menampung keperluan ini,” kata Encik Chan.   

“Katakanlah kita tidak mempunyai guru muzik yang mencukupi. Bagaimana anda boleh membawa masuk sumber daripada industri itu bagi melengkapi keperluan?   


“Kami sedang memikirkan semua ini... bagaimana untuk mempunyai tenaga kerja yang lebih serba boleh tetapi pada masa yang sama tidak kehilangan etos kerjaya perguruan,” ujar beliau. 

Lebih ramai orang juga yang ingin mencuba perkara yang berbeza dalam kerjaya mereka, kata Encik Chan. 

“Inilah juga sebabnya kami memberikan mereka peluang mendapatkan pelbagai pengalaman, di dalam pemerintah dan juga di luar– bagi membolehkan mereka membawa balik sesuatu yang berbeza serta hubungan baru,” kata beliau.

“Ia merupakan satu cabaran dan juga peluang untuk kita memikirkan semula bagaimana kita boleh mempunyai laluan kerjaya yang lebih terbuka.”


Encik Chan menambah bahawa mempunyai lebih ramai individu di pertengahan kerjaya menyertai kerjaya perguruan dengan pengalaman hidup yang berbeza juga boleh memperkayakan golongan tersebut. 

Sekitar 500 guru telah dipadankan dengan peranan dalam sektor seperti perkilangan, sekitaran dan perdagangan serta ketersambungan di bawah program bekerja dalam industri berlainan atau ‘Teacher Work Attachment Plus’ (TWA+) sejak Januari 2022.

“Kita perlu sentiasa memikirkan satu atau dua langkah ke hadapan dan bertanya diri sendiri bagaimana untuk merebut beberapa peluang ini dan menguruskan beberapa keperluan,” kata Encik Chan. 

“Matlamatnya ialah kerjaya perguruan dihormati dan dipenuhi,” tambah beliau. 


Encik Chan menambah bahawa MOE juga sedang mengkaji pelbagai pendekatan bagi pelajar yang berbeza menerusi penggunaan teknologi di sekolah. 

Murid sekolah rendah atasan akan mempunyai lebih banyak peluang menggunakan alat digital untuk pembelajaran di sekolah.

MOE kini membenarkan pelajar di sekolah menengah dan lebih tinggi mempunyai peranti pembelajaran peribadi mereka sendiri iaitu tablet atau komputer riba. 

Murid sekolah rendah tidak mempunyai peranti pembelajaran mereka sendiri, tetapi sekolah boleh memberi murid peringkat rendah atasan alat itu di bawah pengawasan. 

“Kami membuat perbezaan ini kerana kami mahu mengukuhkan keupayaan untuk membimbing mereka dalam penggunaan yang dikawal sendiri kerana anda mesti menggunakan alat sedemikian secara berdisiplin dan bertanggungjawab,” kata Encik Chan. 


Beliau menambah bahawa lebih banyak pengajaran di sekolah rendah boleh mengamalkan unsur-unsur interaktif atau berbilang media. 

“Pada usia itu, kami mahu lebih banyak bahan, lebih banyak pengalaman, membimbing mereka sebelum kami menimbangkan langkah seterusnya sama ada kami harus atau tidak harus memberikan mereka peranti.” 


Singapura mempunyai pemahaman yang lebih nuansa mengenai penggunaan teknologi, kata Encik Chan. “Soalan kami bukan ‘untuk digunakan atau tidak untuk digunakan’,” kata beliau. “Persoalan kami ialah bagaimana hendak digunakan, untuk siapa, untuk tujuan apa?”     


MOE telah mengambil perhatian, antara lain, perlunya pendekatan yang berlainan bagi pelajar yang berbeza, kata Encik Chan. 



“Pelajar yang berkeupayaan tinggi juga mempunyai kemahiran menggunakan teknologi dengan lebih senang; mereka akan dapat menguasai dan menggunakan untuk meningkatkan diri.  

“Tetapi pelajar yang mempunyai lebih banyak keperluan akan memerlukan bimbingan dan sokongan sosial-emosi,” kata beliau. 

Guru memainkan peranan penting dalam memutuskan alat digital yang mana satu yang paling sesuai untuk pelajar mengikut kebolehan dan keperluan mereka, kata Encik Chan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >