Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Kegiatan rekrut keldai wang kini beralih ke alam digital

Dec 27, 2023 | 07:51 PM



Pemohon kerja dijanjikan pendapatan minimum $500 sebulan dan proses mengisi maklumat peribadi dalam satu borang khas pula amat mudah.

Hanya satu perkara sukar dan mencabar bagi mereka – diminta beri butiran bank rahsia mereka.

Majikan biasanya tidak meminta pemohon kerja mendedahkan nombor 16 angka kad mesin tunai automatik (ATM) mereka, termasuk nombor pengenalan peribadi (PIN) rahsia dan maklumat seperti nama ibu mereka.

Bagaimanapun, sindiket jenayah kini bekerja keras untuk mendapatkan maklumat tersebut dengan cara itu.

Ia sebahagian daripada proses merekrut keldai wang atau keldai akaun, iaitu orang yang membenarkan penjenayah mengawal akaun bank mereka atau membantu mereka melakukan transaksi terlarang.

Dengan popularitinya platform seperti Telegram, yang membolehkan pengguna berkomunikasi tanpa nama, sindiket jenayah kini dapat menarik keldai wang dengan mudah.

Akibatnya, bilangan keldai wang kini semakin meningkat, lapor The Straits Times (ST).


Pada 2019, lebih 1,000 orang ditahan atau disiasat oleh polis kerana kesalahan menjadi keldai wang.

Pada 2020, bilangan pesalah sedemikian meningkat empat kali ganda kepada lebih 4,800 orang.

Pada 2021, bilangannya naik hampir dua kali ganda – lebih 7,500 orang ditahan atas kesalahan itu.

Pada 2022, lebih 7,800 orang diberkas kerana kesalahan menjadi keldai wang.

Antara Januari dengan Jun 2023, lebih 4,700 orang ditangkap atau disiasat kerana menjadi keldai wang.

Satu kajian oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) pada 2023 melibatkan 113 keldai wang yang dikaitkan dengan kes penipuan yang dilaporkan antara 2020 dengan 2022 mendapati sekitar 45 peratus daripada mereka berusia 25 tahun dan lebih muda.

Pada April 2023, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, melahirkan kebimbangan melihat begitu ramai orang, termasuk kanak-kanak semuda 10 tahun, ditangkap kerana menjadi keldai wang.

Sepanjang seminggu pada November, ST meneliti beberapa iklan dalam beberapa kumpulan Telegram yang menawarkan khidmat terlarang.


Iklan tersebut secara terbuka meminta akaun bank untuk “disewa”.


Jumlah yang boleh diperolehi oleh keldai wang dan nama pengguna perekrut berkenaan turut disiarkan dalam iklan itu.


Menyamar sebagai pihak yang berminat, ST menghubungi dua perekrut sedemikian.


Bagaimanapun, kedua-dua mereka antara lain menjelaskan bahawa mereka hanyalah orang tengah dan akaun bank tersebut akan digunakan oleh pihak ketiga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >