Syarikat pemula kecerdasan buatan (AI) milik hartawan, Encik Elon Musk, xAI, berjaya mengumpulkan AS$6 bilion ($8.1 bilion) dalam pendanaan siri B.

Ia kini mencapai penilaian sebanyak AS$24 bilion sedang pelabur membuat pertaruhan besar terhadap pencabar kepada syarikat seperti OpenAI dalam perlumbaan AI yang semakin sengit.