Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MADRASAH AL-ARABIAH AL-ISLAMIAH (MAI)

Madrasah orak langkah pupuk pelajar sebagai duta Muslim

Nov 10, 2023 | 05:31 AM



ROSLAN SUIP


Cemerlang dalam pelajaran dan tulus berbakti kepada masyarakat. Itulah antara harapan komuniti Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) untuk mendidik pelajar bagi membangunkan budaya Islam yang luas serta meningkatkan amalan yang murni kepada semua.

Pelajar ini dilengkapkan dengan penghayatan amalan kerohanian Islam setiap hari, serta menggalakkan hubungan positif dalam kehidupan harian mereka.

Salah satu matlamat strategik madrasah ini adalah memupuk duta Muslim yang dapat menyumbang kepada masyarakat melalui acara yang membolehkan mereka berkhidmat kepada orang lain serta memupuk amalan dan budaya Islam untuk pelajar MAI.

Antara program pendidikan atau pentarbiahan ini termasuk menjalankan program Qiyam (sembahyang tambahan pada waktu malam) di MAI yang menumpukan kepada pertumbuhan pelajar secara menyeluruh melalui perkongsian pengalaman mereka.

Terdapat pelbagai cabaran dalam pendidikan, sosial dan emosi yang dihadapi generasi pelajar dewasa ini. Masyarakat umumnya juga lebih bersikap terbuka dan selesa dalam membincangkan cabaran dan daya tahan kesihatan mental.

Di Madrasah Al-Arabiah, guru akan melibatkan pihak berkepentingan seperti ibu bapa atau waris dan bekerja rapat demi memupuk hubungan baik antara kedua-dua belah pihak.

Pasca-Covid-19 ini, salah satu cara pihak madrasah mencapai matlamat mereka adalah dengan menghidupkan semula program Qiyam, bermula daripada peringkat menengah satu hingga menengah empat.

Setiap peringkat juga mempunyai tema tersendiri. Asatizah dan guru yang bertugas akan menyertai pelbagai kegiatan program Qiyam yang dijalankan selama dua hari satu malam bersama pelajar di sekolah. Antaranya, kegiatan bacaan surah Al-Quran secara berkumpulan, sesi taaruf (sesi perkenalan), solat berjemaah termasuk solat tahajjud, solat taubat, solat hajat dan solat witir. Selain itu, terdapat juga program interaktif yang menarik dengan asatizah penceramah jemputan, kegiatan riadah berkumpulan yang bermanfaat, serta program muhasabah diri dan usrah.


Lazimnya, program Qiyam ini mampu dijadikan sebagai wadah penting untuk pelajar berdikari, memupuk kemahiran sosial selain membolehkan pelajar mengamalkan proses bermuhasabah diri.

Pemangku Pengetua, Cik Aisha Abdul Manaf, berkata:

“Dengan cara hidup yang kerap berubah dengan pantas dan menjadi lebih kompleks serta mencabar, belia hari ini memerlukan sokongan kita agar terus maju ke hadapan, namun tetap berpegang kepada kepercayaan dan nilai-nilai murni serta semangat jitu.

“Dengan menyertai program Qiyam, kami berharap ia dapat membantu pelajar meningkatkan keimanan, memelihara akhlak yang mulia dan terus memperoleh hidayah melalui solat dan ibadah kepada Yang Maha Esa,” katanya.

Madrasah Al-Arabiah akan mengadakan rumah terbuka pada Sabtu, 11 November 2023, dari 9 pagi hingga 12 tengah hari. Ibu bapa/waris dan pelajar darjah enam dipersilakan hadir.

Untuk maklumat lanjut, sila lungsuri laman: www.mai.edu.sg

Nota: Penulis merupakan Guru Pembelajaran Islam & Sains.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >