SEBAGAI pertubuhan amal yang berusia lebih 90 tahun, Jamiyah Singapura berazam mahu meneruskan tradisi menyediakan khidmat korban yang terbaik. Dengan pengalaman luas dan pengurusan yang berwibawa, Jamiyah Singapura dapat menjamin pengendalian proses korban yang lancar dan memudahkan bagi peserta yang ingin mendapatkan khidmat mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Korban 2023 Jamiyah, Encik Mahmud Ahmad, berkata:
“Anggota jawatankuasa kami akan memastikan setiap aspek, daripada tempahan dan pemilihan haiwan korban hingga kepada pembungkusan dan pengagihan agar diuruskan dengan terperinci serta cekap. Kami komited untuk memberi khidmat ibadah korban yang mudah dan lancar dalam menjalankan tanggungjawab kami menyempurnakan ibadah korban bagi setiap peserta ini”.
Peserta mempunyai pilihan untuk melaksanakan korban mereka sama ada di Indonesia ataupun Australia. Haiwan seperti kambing biri-biri, anak kambing dan lembu ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran. Bekalan bagi haiwan korban di Indonesia terhad dan tarikh tutup pada 29 Mei ini.
Daging korban di Indonesia akan diagihkan dan didermakan kepada golongan fakir dan miskin khususnya penduduk di Medan, Jakarta, Banten dan Lombok.
Bagi korban di Australia pula, daging korban akan diterbangkan ke Singapura dan peserta boleh memilih untuk mengambilnya sendiri pada 8 Julai atau memilih untuk dihantarkan ke rumah pada 8 dan 9 Julai 2023. Tarikh tutup bagi tempahan korban di Australia ialah 22 Jun ini.
Pada 2022, Jamiyah telah mendapat lebih daripada 2,500 tempahan korban daripada peserta baru dan berulang. Dengan sokongan padu peserta juga, ada yang turut mendermakan daging korban mereka, dan pihak Jamiyah telah mengagihkan sebanyak 14,330 kilogram daging korban kepada penerima bantuan dan keluarga berpendapatan rendah di serata Singapura.
Rintik hujan yang turun membasahi bumi di Singapura, enam tahun lalu, mencetus idea buat dua penggubah lagu, penulis lirik dan penyanyi muda, Shazza dan Umar Sirhan, mencipta karya romantis.
Setiap
Kecerdasan buatan (AI) sedang mentakrifkan semula cara perniagaan beroperasi dengan mengautomasikan tugas harian.
Bagi mereka yang pernah mengalami keajaiban produk ChatGPT, Midjourney dan seumpamanya
Syarikat pemula kecerdasan buatan (AI) milik hartawan, Encik Elon Musk, xAI, berjaya mengumpulkan AS$6 bilion ($8.1 bilion) dalam pendanaan siri B.
Ia kini mencapai penilaian sebanyak AS$24 bilion
Syarikat BYD China baru-baru ini melancarkan versi terkini teknologi hibrid pemalam atau ‘plug-in’ yang meningkatkan penjimatan bahan api dan kos, memperhebatkan persaingan dengan Toyota dan
Cukup saya fahami betapa liatnya nak membuat janji temu pemeriksaan kesihatan, biarpun, dalam hal seperti saya, kosnya ditanggung oleh majikan.
Prosesnya juga bukan menyeronokkan... tekan sana, tekan
Sering kita dengar masa skrin yang lama dan tidak terbatas membawa kesan padah kepada kanak-kanak.
Tetapi tahukah anda bahawa masa skrin ibu bapa juga mempunyai kesan terhadap pembangunan anak?
Pendig
Wanita yang mempunyai sejarah keluarga dengan barah harus menjalani ujian DNA tanpa mengira usia untuk melihat jika mereka mempunyai gen kanser keturunan yang bermutasi, yang meningkatkan risiko
Anda seorang ibu yang tinggal di rumah (SAHM) dan mahu kembali ke alam pekerjaan? Membayangkan langkah menuju ke alam yang sudah lama ditinggalkan atau belum sempat mencuba, boleh menimbulkan rasa
Sepanjang meniti perjalanan sebagai anak seni selama 17 tahun, pelakon kelahiran Kuala Lumpur, Muhammad Syafie Naswip, sering diberi watak dengan bebanan emosi yang mampu merentap tangkai hati
Dengan sinaran mentari yang kerap terik, adalah penting menggunakan krim pelindung matahari dan pelindung suria bagi membantu menjaga kulit agar selamat dan sihat.
Bahkan ramai yang tidak menyedari

Salah seorang peserta yang sering mendapatkan khidmat ibadah korban Jamiyah ialah Encik Raihan Rashid, 34 tahun. Beliau berkata:
“Saya dan adik-beradik saya sudah bertahun-tahun menunaikan ibadah korban bersama Jamiyah. Khidmat yang diberikan cukup baik dan menyenangkan. Kami hanya perlu buat tempahan dan pembayaran menerusi borang yang disediakan secara online. Apabila tiba masanya kami akan dapat daging korban kami pada masa yang ditentukan. Memang tahun ini pun kami sudah buat tempahan bersama Jamiyah.”
Jika anda mempunyai pertanyaan atau memerlukan bantuan mengenai khidmat ibadah korban kendalian Jamiyah ini sila:
Hubungi talian di 6743-1211.
WhatsApp 9115-1211.
E-mel kepada qurban@jamiyah.org.sg.
Terus buat tempahan melalui dalam talian di https://forms.jamiyah.org.sg/qurban-order.