Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar nafi kerajaannya khianat, rampas hak Melayu

PM M'sia bidas pengkritik yang dakwa kerajaan perpaduan jejas hak orang Melayu
May 09, 2023 | 05:30 AM



MALAYSIA

SEREMBAN: Kerajaan perpaduan Malaysia tidak pernah mengkhianati mahupun merampas hak orang Melayu, dan ia terus melaksana semua dasar untuk menjaga kepentingan mereka, ujar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian bagi membidas pengkritik yang mendakwa kerajaan perpaduannya menjejaskan hak orang Melayu.

"Ada sebilangan orang Melayu kaya kononnya berjuang untuk menjaga hak orang Melayu yang mendakwa Anwar tidak boleh dipercayai dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh menjaga orang Melayu," katanya.

Beliau berkata beberapa ahli pembangkang juga melabelnya sebagai "PM paling teruk" kerana menurut mereka beliau gagal menjaga hak Melayu.

"Tetapi saya ingin tahu bagaimana kerajaan saya telah merampas atau menyerahkan hak orang Melayu sejak kami mengambil alih kuasa enam bulan lalu?

"Kami meneruskan dasar dan melindungi hak Melayu, tetapi apa yang kami tidak lakukan ialah meminta komisen, kayu, tanah atau saham. Ahli kerajaan saya tidak ada di sini untuk mencuri wang rakyat," katanya dalam semasa rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri kerajaan Negeri Sembilan pada Ahad.

Datuk Anwar berkata arahan juga sering dihantar mengingatkan mereka yang berkuasa supaya tidak mencari "keuntungan" apabila tender dikeluarkan.

Beliau menarik perhatian bahawa kerajaannya juga meneruskan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) untuk membantu kontraktor Bumiputera, biarpun ada perkara dipertikai.

"Jana Wibawa untuk Melayu kita tetap agihkan. Kita ambil tindakan, sebab apa? Projek untuk Melayu diberi kepada Cina. Projek untuk Melayu disakau duitnya.

"Malah projek tebatan banjir telah dijalankan secara telus dan kami berjaya menjimatkan RM2 bilion ($600 juta).

"Lebih banyak projek tebatan banjir turut dijalankan di Kota Tinggi dan Batu Pahat di Johor serta Sungai Golok di Kelantan. Tetapi orang tetap kata kita tidak membantu rakyat di Kelantan," kata Datuk Anwar.

Beliau juga mencabar bekas pemimpin yang seolah-olah memperjuangkan hak orang Melayu supaya menjelaskan sumber kekayaan mereka dan keluarga mereka. Jika mereka benar-benar prihatin akan orang Melayu, mereka harus menjual harta mereka dan memberi hasilnya kepada mereka.

Beliau berkata ada pemimpin terdahulu yang mengupas isu "menyelamatkan orang Melayu" hanya memperkayakan diri dan keluarga mereka apabila mereka berkuasa.

"Sebab itu saya tanya Tun Dr Mahathir, Tun Daim (Zainuddin) yang kaya bilion-bilion. Tidak mengapa kalau mahu berjuang untuk Melayu, saya setuju. Tetapi harta kamu yang bilion-bilion, anak ada pesawat, ada kapal, ada bank di luar negara, wang itu semua bawa balik bagi kepada orang Melayu di Malaysia.

"Baru betul kamu pejuang. (Gesaan) itu belum dijawab. Saya minta dijawab berapa bilion dia ada. Daripada mana dia dapat (kekayaan itu), pulangkan balik wang itu ke Malaysia ini," katanya. - The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >