Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

AP M’sia mesti patuh kesopanan dalam Dewan Rakyat

Sep 20, 2023 | 03:48 PM



KUALA LUMPUR: Berkelakuanlah sesuai dengan gelaran anda sebagai ‘Yang Berhormat’ dan bertindak dengan lebih hormat, tegas Presiden Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, memberitahu Ahli Parlimen (AP) Malaysia berikutan aksi adu teriak di Dewan Rakyat.


“Ahli Parlimen kita mesti cuba untuk tenang – tidak perlu menjerit atau menghina,” katanya ketika ditemu bual.

Beliau juga menyeru agar AP, tanpa mengira blok kerajaan mahupun pembangkang, supaya lebih akomodatif terhadap parti lawan dan mula mendengar orang lain juga.

Bekas AP itu berkata demikian berikutan apa yang berlaku di Dewan Rakyat pada Selasa, ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedang memberi penjelasan berhubung keputusan kes rasuah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (Perikatan Nasional (PN)-Larut), kemudiannya bertindak keluar bersama beberapa AP lain, untuk membantah keputusan Speaker.

Tan Sri Wan Junaidi juga berkata tindakan meninggalkan Dewan Rakyat yang mulia itu tidak akan membawa apa-apa faedah, kerana ia akan mengganggu keseluruhan proses Parlimen, melainkan isu itu bertentangan dengan peraturan, melainkan mana-mana pihak memberi kenyataan yang bertentangan dengan undang-undang.

“(Melakukan walk out) mengalahkan keseluruhan tujuan (sidang Dewan Rakyat). Anda menuntut kerajaan untuk menjelaskan tetapi anda tidak mendengar.


“Jika anda keluar, anda menafikan hak rakyat di mana Ahli Parlimen mesti mendengar dan memberikan pandangan mereka kemudian hari. Seseorang itu mesti sentiasa bersedia dalam mengamalkan demokrasi.

“Jika kamu keluar Dewan, siapa yang akan mendengar penjelasan yang diberikan?” ujarnya, dipetik oleh The Star.


Beliau menyatakan sedang mengkaji bagaimana untuk menghasilkan persekitaran yang baik di dalam Dewan, untuk memastikan AP dapat berdebat secara sihat.

Kedua-dua, Tan Sri Wan Junaidi dan Speaker Dewan Rakyat. Tan Sri Johari Abdul, sedang berusaha menetapkan garis panduan bagi kesopanan penggubal undang-undang di kedua-dua dewan.

Bekas Ahli Parlimen, Encik Tawfik Ismail, yang juga anak kepada bekas timbalan perdana menteri kedua Malaysia, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, berkata wakil rakyat perlu sentiasa ingat bahawa kenyataan mereka di Dewan akan terpahat dalam sejarah.

“Kami menjangkakan banyak perkara daripada Ahli Parlimen, dan tidak semua akan diingati, tetapi memandangkan semua luahan dirakam Hansard, adalah demi kepentingan Ahli Parlimen untuk mengingati bahawa sejarah akan menilai kata-kata mereka dan kesan kata-kata itu dalam perjalanan peristiwa semasa,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >