Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Artis rap Altimet calon PH di Lembah Jaya, Selangor

Jul 23, 2023 | 11:10 AM



Beliau lebih dikenali sebagai artis rentak rancak di pentas, tetapi Altimet kini perlu rancak memikat hati pengundi selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan beliau sebagai calon bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Beliau akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya di Selangor.

Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis pengumuman calon parti itu di Padang MBSA, pada Sabtu.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman diletakkan di DUN terbabit bagi menggantikan penyandangnya Cik Haniza Mohamed Talha yang sebelum ini meninggalkan PKR untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Altimet, 43 tahun, menyertai PKR pada April tahun lalu bersama rakan artis, Encik Afdlin Shauki.

Beliau yang lebih 13 tahun menetap di Ampang merupakan Ketua Cabang PKR Ampang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, Altimet mencipta sebuah lagu berjudul ‘Aduh Malaysia’ yang menjadi siulan para penyokong tegar PH ketika itu.

Beliau mencipta lagu itu dengan mengubah lirik asal Ali Baba dengan 40 Penyamun dan dilancarkan sendiri di pentas politik pada program ‘Rapat Mega PKR 2022’ di Ampang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >