Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bapa sediakan ‘kontrak tiada teman lelaki’ bagi dua anak perempuan

Sep 28, 2023 | 06:30 PM



Kontrak melibatkan perniagaan, bola sepak dan pekerjaan, antara lain, sudah menjadi kebiasaan dan sering digunakan.

Tetapi pernah dengar kontrak ‘perjanjian antara abah (ayah) dan anak-anak abah’?

Hal sedemikian dilakukan seorang ayah dari Malaysia bersama dua anak perempuan kecilnya.

Dalam video Tiktok yang dimuat naik abah_double_sumayyah pada 25 September, beliau dirakam memberi perincian tentang isi kandungan ‘borang perjanjian antara abah dan anak-anak abah’.


Video itu menyaksikan dua anak perempuan kecilnya ‘menandatangani kontrak’ agar mereka tidak ada teman lelaki sehingga tamat belajar.

Borang itu turut tertera “Tiada pakwe (teman lelaki) sehingga tamat belajar”.

Menurut laporan media tempatan, pengguna Tiktok itu dikenal pasti sebagai Encik Mohammad Amirul Azmi – dalam video tersebut, kedua-dua anak kecilnya masing-masing berusia tiga tahun dan satu tahun.

Gelagat comel anak-anaknya semasa Encik Amirul menerangkan terma dan syarat mencuit hati warganet.

Dapat dilihat bahawa kedua-dua anak perempuannya mendengar dengan tekun penjelasan Encik Amirul.

Dalam video itu, beliau berkata: “Harus sambung hingga peringkat Diploma atau lebih. Jadi habiskan dulu, baru boleh ada (teman lelaki), boleh?”

Kedua-dua anaknya itu seolah-olah mengangguk kepada soalan bapa mereka itu.

Video itu kemudian memaparkan sesi tanda tangan anak-anaknya pada kertas borang itu.

Sejak video itu dimuat naik dan tular di media sosial, ia telah menerima lebih 800,000 tontonan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >