Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bayi diselamat dari rahim ibu maut dalam serangan Israel

Apr 22, 2024 | 11:31 AM



RAFAH: Seorang bayi perempuan diselamatkan dari rahim seorang warga Palestin yang maut bersama suami dan anak perempuannya akibat serangan Israel di bandar Rafah, selatan Gaza, pada 21 April.


Seorang pegawai kesihatan Palestin juga menyatakan keluarga tersebut adalah antara 19 orang, termasuk 13 kanak-kanak, yang terbunuh dalam serangan Israel yang lebih intensif di wilayah itu.

Bayi itu, seberat 1.4 kilogram dan dilahirkan menerusi pembedahan, stabil dan beransur pulih, kata Dr Mohammed Salama, yang merawatnya di Hospital Al-Emirati di Rafah.

Ibunya, Cik Sabreen Al-Sakani, hamil 30 minggu. Bayi itu diletakkan dalam inkubator di hospital Rafah bersama bayi lain.

Seorang lagi anak perempuan Cik Sabree, Malak, yang terbunuh dalam serangan itu, berhasrat menamakan adiknya itu sebagai Rouh, yang bermaksud ‘roh’ dalam bahasa Arab, kata bapa saudaranya, Encik Rami Al-Sheikh.

Bayi tersebut akan dirawat di hospital itu selama tiga hingga empat minggu. “Selepas itu kami akan menyerahkannya kepada keluarga, kepada ibu saudara atau bapa saudara atau datuk neneknya.

“Walaupun anak ini terselamat, dia dilahirkan sebagai anak yatim,” kata Dr Mohammed.

Ditanya mengenai korban di Rafah, jurucakap tentera Israel berkata pelbagai sasaran militan telah diserang di Gaza, termasuk kawasan tentera, pos pelancaran dan golongan bersenjata. Lebih separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah mencari perlindungan di Rafah sejak perang meletus enam bulan lalu.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, telah mengancam akan menyerang Rafah bagi menyingkirkan Hamas dan memastikan kemenangan Israel dalam perang yang masih berterusan itu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >