Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SUSULAN WARAN TANGKAP KE ATAS PRESIDEN PUTIN

Menteri kehakiman 40 negara berbincang di London

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Para menteri kehakiman dari lebih 40 buah negara, mengadakan pertemuan pada Isnin di London, untuk membincangkan tentang peningkatan sokongan antarabangsa bagi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), sedang ia menyiasat kemungkinan berlakunya jenayah perang dalam konflik Ukraine.



Pertemuan itu diadakan selepas ICC, yang berpangkalan di The Hague, mengeluarkan waran tangkap ke atas Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, dan pesuruhjaya Russia bagi hak asasi kanak-kanak, Cik Maria Lvova-Belova, pada Jumaat 17 Mac, kerana jenayah perang "deportasi secara haram" kanak-kanak Ukraine, berikutan serangannya ke atas negara itu pada Februari 2022.



"Kami berhimpun di London hari ini, bersatu dengan satu matlamat, bagi "mempertanggungjawabkan penjenayah perang atas kekejaman yang mereka lakukan di Ukraine semasa pencerobohan secara haram tanpa provokasi," kata Timbalan Perdana Menteri Britain, Encik Dominic Raab, dalam satu kenyataannya.



Pada Disember 2022, pendakwa raya ICC, Encik Karim Khan, yang akan turut hadir dalam persidangan di London itu, menyeru kepada masyarakat antarabangsa, supaya meningkatkan sokongan terhadap mahkamah, yang memerlukan sumber kewangan dan teknikal bagi melaksanakan siasatan.



London telah mengumumkan dana tambahan hampir £400,000 ($654,000) bagi membiaya sokongan psikologi para saksi dan mangsa jenayah, atau memperkukuh pakar-pakar Britain dalam ICC.



Menteri Kehakiman dan Keselamatan Belanda, Cik Dilan Yesilgoz-Zegerius, berkata masyarakat antarabangsa harus turut bertanggungjawab bagi memastikan pelaku jenayah semasa perang Ukraine itu dibawa ke pengadilan.



"Secara bersama-sama, kita harus mencari kebenaran, mencapai keadilan dan memastikan keselamatan," kata beliau dalam satu kenyataan.



"Rakyat Ukraine telah menunjukkan sekali lagi bahawa mereka berhak menentukan masa depan mereka.



"Mereka mungkin marah dan kecewa, tetapi tidak pernah berputus asa. Mereka layak mendapatkan sokongan kita dalam mencari keadilan."



Dalam tahun 2022, negeri Belanda telah menghantar dua pasukan penyiasat forensik, di bawah naungan ICC untuk mengumpulkan bukti-bukti yang akan digunakan dalam siasatan ke atas jenayah yang dilakukan di Ukraine sejak bermulanya pencerobohan Russia.



ICC mempunyai lebih 900 kakitangan dengan bajet 169 juta euro ($242 juta) bagi 2023.



Pada Julai 2022, ia meminta 175 juta euro untuk tahun 2023 ini.



Anggota ICC berjumlah 123 negara itu, saling memikul tanggungjawab bagi memastikan keperluan kewangan mahkamah itu.



Ia juga menerima sumbangan secara sukarela dari pertubuhan antarabangsa, individu dan perbadanan.



Persidangan di London itu, dianjurkan bersama oleh Britain dan negeri Belanda.



Antara 40 hingga 50 perwakilan dari pelbagai negara menghadiri persidangan itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >