Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bersatu minta Speaker Dewan Rakyat kosongkan kerusi empat AP Sabah

Dec 31, 2022 | 05:30 AM



KOTA KINABALU: Kemelut politik di Sabah berterusan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memaklumkan Dewan Rakyat untuk mengosongkan kerusi empat Ahli Parlimennya (AP) yang memenangi kerusi mereka di bawah tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).



Namun, AP Papar, Datuk Armizan Mohd Ali, yang merupakan salah seorang empat AP yang kedudukannya dipersoalkan, menegaskan tidak ada keperluan bagi mereka berbuat demikian.



Dalam reaksi segera, Speaker Datuk Johari Abdul berkata beliau akan meneliti perkara itu.



Beliau mengesahkan sudah menerima surat rasmi daripada Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee, pada 27 Disember lalu bagi meminta Dewan Rakyat memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa empat kerusi Parlimen itu akan dikosongkan.



Datuk Johari memaklumkan akan membuat keputusan mengenai kekosongan empat AP daripada GRS itu dalam tempoh 21 hari.



Sementara itu, Datuk Armizan berkata adalah hak Datuk Kiandee untuk menyatakan pandangannya, tetapi berhujah bahawa ia bukan soal AP GRS berpaling tadah.



"Saya faham kekecewaan beliau kerana tidak dipilih sebagai calon GRS pada PRU15.



"Kami anggota GRS. Kami bertanding di bawah tiket GRS dan oleh itu, soal 'melintasi lantai Parlimen' (lompat parti) tidak timbul," katanya.



Selain Datuk Armizan, AP GRS lain yang terbabit ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Encik Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi); Datuk Matbali Musah (Sipitang) dan Datuk Jonathan Yassin (Ranau). - The Star, Malaysiakini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >