Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

‘Cadangan naikkan harga siling beras di M’sia amat tidak wajar’

Sep 27, 2023 | 01:38 PM



Pelbagai pihak menyifatkan cadangan untuk menaikkan harga siling beras tempatan dari RM26 ($7.58) bagi setiap 10 kilogram (kg) kepada RM34 bagi setiap 10kg sangat tidak wajar ketika rakyat sedang berdepan tekanan ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat ketika ini.

Sebaliknya kerajaan digesa melaksanakan alternatif lain yang boleh menangani isu kekurangan beras tempatan yang meruncing ketika ini, namun bukan dengan menaikkan harga makanan ruji itu.

Ketua Penerangan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu, Datuk Mohamad Abdullah, berkata cadangan menaikkan harga beras dilihat seperti menzalimi keperluan rakyat terutama golongan kurang berkemampuan khususnya dalam keadaan ekonomi yang amat mencabar hari ini.

Katanya, beliau yakin ada mekanisme lain boleh dilakukan kerajaan untuk menangani isu ‘kehilangan’ beras tempatan, yang tiba-tiba berlaku selepas harga beras import naik mendadak sejak Julai lalu.

“Pada pandangan saya amat tidak wajar (cadangan menaikkan harga siling beras tempatan), apatah lagi cadangan kenaikan itu sehingga lebih 30 peratus terlalu tinggi. Pertama, dari sudut peniaga makanan, ia pasti akan memberi kesan kepada harga makanan bermasak.

“Tak makan sayur, ayam atau telur tidak mengapa lagi, tetapi kalau beras melonjak harganya pasti rakyat akan marah kerana ia makanan asasi dan ruji.

“Kerajaan tidak boleh beri kelebihan pada pemain industri beras yang hanya berapa kerat saja, tetapi membebankan puluhan juta pengguna dengan peningkatan harga beras.

“Mustahil tidak ada cara lain selain menaikkan harga beras. Saya pasti kerajaan ada mekanisme lain untuk menangani masalah bekalan beras tempatan yang tiba-tiba lesap dari pasaran,” katanya kepada Berita Harian (BH).


Sementara itu, Bendahari Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Cik Nur Asyikin Aminuddin, berkata dalam keadaan ekonomi yang menekan sekarang ini, bukan waktu yang sesuai untuk menaikkan harga siling beras tempatan yang akan menjejaskan rakyat terbanyak.

“Kerajaan kena selesaikan isu bekalan beras tempatan ini dahulu dan isu keterjaminan makanan asas lain termasuklah telur, minyak masak, gula dan lain-lain lagi. Ini bukan masa untuk menaikkan harga.

“Kerajaan perlu adakan libat urus dengan semua rantaian bekalan makanan asas ini khususnya beras yang menjadi makanan asas rakyat negara ini.

“Janganlah mudah saja lihat penyelesaian dengan menaikkan harga ketika rakyat terbeban dengan kos sara hidup tinggi dan pendapatan terjejas dalam situasi ekonomi yang meruncing ini,” katanya kepada BH.


Pengarah Urusan rangkaian pasar raya besar Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang dipetik portal FMT Malaysia menggesa kerajaan menaikkan harga siling beras putih tempatan kepada RM34 bagi setiap 10kg bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan.

Menurut Datuk Ameer, pengilang tempatan kurang berminat mengeluarkan beras itu memandangkan harga siling semasanya yang rendah, iaitu RM26 bagi setiap 10kg. – Hanneeyzah Baharin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >