Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gereja tertua di Gaza lindungi Muslim, Kristian

Gereja Saint Porphyrius telah menjadi tempat perlindungan bagi mereka yang dipindahkan akibat pengeboman Israel, merentasi semua agama.
Oct 17, 2023 | 12:23 PM



KOTA GAZA: Apabila serangan udara Israel memusnahkan rumah Cik Walaa Sobeh dan sebahagian besar kawasan kejiranannya, orang Islam Palestin itu mencari perlindungan di gereja tertua di Gaza.


Di Gereja Saint Porphyrius, beliau mendapati bukan sahaja tempat perlindungan, bahkan perasaan memiliki “satu keluarga” – disatukan oleh kedua-dua keganasan bom yang meletup di sekeliling mereka dan harapan bahawa mereka dapat bertahan daripada serangan Israel.

Justeru beliau menelefon saudara-mara lain di utara Gaza dan meminta mereka untuk pergi ke gereja juga.

Cik Sobeh dan keluarganya adalah antara ratusan rakyat Palestin dari pelbagai agama yang telah berasa terselamat – sekurang-kurangnya buat masa ini – di gereja.

Pada ketika serangan maut Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober dan pengeboman Israel berikutnya ke atas Gaza, gereja Ortodoks Yunani telah muncul sebagai lambang identiti yang lebih mendalam sebagai rakyat Palestin.

“Kami di sini menjalani hari yang tidak pasti sama ada kami boleh sampai ke malam. Tetapi apa yang meredakan kesakitan kami ialah semangat rendah hati dan mesra semua orang di sekeliling,” kata Cik Sobeh.

Beliau beritahu telah menerima “sokongan besar daripada paderi dan orang lain di gereja, yang secara sukarela tanpa jemu sepanjang masa, untuk membantu keluarga yang dipindahkan”.

Setakat ini, gereja itu belum lagi terkena sebarang bedilan peluru berpandu Israel.

“Tentera Israel telah mengebom banyak tempat perlindungan,” kata Paderi Elias, seorang paderi di Saint Porphyrius, sambil menambah bahawa beliau “tidak pasti bahawa Israel tidak akan mengebom gereja,” walaupun ia menyediakan perlindungan untuk ratusan orang awam.

“Sifat peri kemanusiaan kami, menyeru kami untuk menawarkan kedamaian dan kemesraan kepada semua orang yang memerlukan,” ujarnya.

Dibina antara era 1150-an dan 1160-an, dan dinamakan sempena nama seorang paderi Gaza abad ke-5, Saint Porphyrius, telah memberikan ketenangan kepada penduduk Palestin di Gaza, terutama pada masa mereka dalam ketakutan.

Hari ini, halaman gereja kuno dan koridor terlindung itu, menawarkan perlindungan kepada kedua-dua orang Islam dan Kristian, “sebagaimana perang tidak mengenal agama”, kata Paderi Elias.

Encik George Shabeen, seorang Kristian Palestin dan bapa kepada empat anak yang berteduh di gereja bersama keluarganya, berkata mereka tidak mempunyai tempat lain untuk berlindung.

“Kedatangan ke sini menyelamatkan nyawa kami,” akuinya.

“Pada waktu malam, kami berkumpul bersama, orang Islam dan Kristian, tua serta muda, dan berdoa untuk keselamatan dan keamanan.”

Bagi Cik Sobeh, fakta bahawa keluarga yang berbeza agama bersama-sama di bawah bumbung gereja di tengah-tengah trauma pengeboman itu sendiri, adalah satu perjuangan.

“Kami akan terus bersama sebagai rakyat Palestin, mati dan hidup, Muslim dan Kristian,” ujar Cik Sobeh. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >