Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS halang PBB iktiraf negara Palestin

Apr 19, 2024 | 11:54 AM



NEW YORK: Amerika Syarikat pada 18 April telah menghalang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada mengiktiraf negara Palestin dalam sidang Majlis Keselamatan untuk menafikan warga Palestin menjadi anggota penuh badan dunia itu.


Ia menggunakan kuasa pembatal atau veto terhadap draf ketetapan yang mengesyorkan kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB bahawa “Negara Palestin diterima sebagai anggota” PBB.

Britain dan Switzerland berkecuali, manakala baki 12 ahli majlis mengundi menyokong ketetapan tersebut.

“Amerika terus menyokong kuat penyelesaian dua negara.

“Undian ini tidak mencerminkan penentangan terhadap kenegaraan Palestin, sebaliknya adalah pengakuan bahawa ia hanya boleh dilakukan menerusi rundingan terus antara pihak-pihak yang terlibat,” kata Timbalan Duta Besar Amerika ke PBB, Encik Robert Wood, kepada majlis itu.

Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, mengecam veto Amerika dalam satu kenyataan sebagai “tidak adil, tidak beretika, dan tidak wajar”.

Duta Palestin ke PBB, Encik Riyad Mansour, yang kadangkala dilihat beremosi, memberitahu Majlis Keselamatan selepas undian:

“Hakikat bahawa ketetapan ini tidak diluluskan tidak akan mematahkan kehendak kami dan ia tidak akan mengalahkan keazaman kami. Kami tidak akan berhenti dalam usaha kami.”

Desakan Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB dibuat selepas enam bulan perang berlanjutan antara Israel dengan Hamas di Jaluran Gaza dan ketika Israel memperluaskan petempatan di Tebing Barat yang didudukinya secara haram.

Menteri Luar Israel, Encik Israel Katz, memuji Amerika kerana menggunakan kuasa vetonya.

Berucap kepada 12 anggota majlis yang mengundi menyokong draf ketetapan itu, Duta Israel di PBB, Encik Gilad Erdan, berkata:

“Sangat menyedihkan kerana undian anda hanya akan meningkatkan lagi penolakan Palestin dan membuat keamanan hampir mustahil dicapai.”

Palestin sekarang adalah Negara Pemerhati, bukan anggota, PBB.

Sebarang permintaan untuk menjadi negara anggota PBB mesti terlebih dahulu melalui Majlis Keselamatan – di mana sekutu Israel, Amerika, boleh menggunakan kuasa veto – dan kemudian disahkan oleh Perhimpunan Agung.

Majlis Keselamatan telah lama menyokong visi dua negara yang tinggal bersebelahan dalam sempadan yang selamat dan diiktiraf.

Memandangkan serangan teruk Israel ke atas Gaza, rakyat Palestin menghidupkan semula permohonan keanggotaan penuh PBB yang dibuatnya pada 2011, mendorong Majlis Keselamatan melancarkan proses semakan rasmi.

Rakyat Palestin mahukan sebuah negara di Tebing Barat, timur Baitulmakdis dan Jaluran Gaza, yang semuanya adalah wilayah yang ditawan Israel pada 1967. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >