Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Houthi didesak henti segera serangan di Laut Merah

Jan 11, 2024 | 03:21 PM



NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 10 Januari menuntut penamatan “segera” serangan pemberontak Houthi Yaman ke atas perkapalan di Laut Merah.


Ini sedang kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman melancar beberapa siri serangan dron dan peluru berpandu di selatan Laut Merah pada 9 Januari.

Dalam satu kenyataan di X, Pusat Tentera Amerika Syarikat (Centcom) berkata, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan akibat serangan itu.

Sebagai tindak balas kepada serangan udara Israel ke atas Gaza dan “perpaduan dengan rakyat Palestin”, Houthi melancarkan serangan ke atas kapal-kapal komersial sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Ketetapan yang diluluskan itu “menuntut agar Houthi menghentikan segera semua serangan yang telah menghalang perdagangan sejagat dan menjejas hak dan kebebasan pelayaran serta keamanan dan keselamatan serantau”.

Ia diterima pakai selepas Russia, China, Mozambique dan Algeria mengambil sikap berkecuali.

Serangan yang kian sengit menyebabkan syarikat perkapalan memintas laluan dan sebaliknya melencong di sekitar Cape of Good Hope di Afrika Selatan, sekali gus menambah masa dan kos perjalanan.

PBB sebelum ini berkata ia “sangat prihatin tentang situasi di Laut Merah, bukan sahaja kerana keadaan itu sendiri bahkan risiko terhadap perdagangan sejagat”.


Resolusi itu “mengutuk sekeras-kerasnya dua dozen serangan Houthi ke atas kapal komersial sejak 19 November 2023, apabila Houthi menyerang dan merampas kapal Galaxy Leader dan anak kapalnya”.


Sejak serangan 7 Oktober oleh Hamas ke atas Israel, dan perang Israel di Gaza sebagai tindak balas, Houthi – yang mengawal Yaman – telah meningkatkan serangan ke atas lalu lintas maritim antarabangsa di Laut Merah.


Mereka mendakwa bertindak sebagai solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza.


Sekutu utama Israel, Amerika Syarikat, membentuk pakatan antarabangsa pada Disember untuk melindungi lalu lintas maritim daripada serangan Houthi.

Russia, yang cuba memperkenalkan tiga pindaan terhadap resolusi yang semuanya ditolak, berkata selepas itu bahawa Moscow bimbang mengenai gabungan maritim yang diketuai Washington. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >