Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel kepung rumah keluarga Palestin lancar serangan di rumah ibadah Yahudi

Jan 31, 2023 | 05:30 AM



BAITULMAKDIS: Polis Israel telah mengepung kediaman keluarga lelaki bersenjata warga Palestin kelmarin, dua hari selepas lelaki itu dikatakan telah membunuh tujuh orang, di luar rumah ibadah Yahudi.



Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, telah memaklumkan rancangannya untuk memudahkan rakyat negara itu membawa senjata selepas serangan ke atas rumah ibadah Yahudi, yang disifatkan paling buruk ke atas penduduk Yahudi di Baitulmakdis sejak 2008.



Pembunuhan itu berlaku sehari selepas tentera Israel melancarkan serangan ganas di bandar Jenin, di wilayah Tebing Barat yang ditaklukinya.



Sabtu lalu, seorang remaja lelaki Palestin berusia 13 tahun, telah menembak sekumpulan orang awam Israel di Baitulmakdis, mencederakan dua orang, sebelum salah seorang daripada yang cedera itu menembaknya.



Pada Ahad pula, para penduduk Palestin di sebuah perkampungan di pinggir Ramallah, di Tebing Barat berkata, sekumpulan orang dari sebuah penempatan Israel yang berhampiran, telah membakar sebuah rumah dan memecahkan pintu dan tingkap sebuah rumah yang lain.



Encik Netanyahu berkata, memudahkan rakyat Israel mendapatkan permit bagi memiliki senjata, akan dapat mengurangkan keganasan.



"Kita telah melihat, beberapa kali...keberanian orang awam yang bersenjata dan terlatih, dapat menyelamatkan banyak nyawa."



Pihak berkuasa Israel telah menutup pintu-pintu dan tingkap kediaman keluarga pelaku tembakan di rumah ibadah pada Jumaat lalu.



Datuk kepada pelaku tembakan itu, dikatakan telah dibunuh oleh Israel, kira-kira 25 tahun lalu.



Langkah-langkah selanjutnya telah dimaklumkan di perkampungan Tebing Barat yang ditakluki itu, dan saudara mara pelaku berkenaan tidak dibenarkan lagi tinggal di wilayah tersebut.



Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, menerusi panggilan telefon kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menggesa semua pihak mengelak 'keganasan terus memuncak', kata pejabat presiden.



Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Encik Antony Blinken, yang dijadual tiba di Baitulmakdis, akan membincangkan langkah bagi meredakan ketegangan.



Pergolakan di bumi Palestin dijangka menjadi agenda utama apabila Encik Blinken bertemu Encik Netanyahu, sebelum ke Ramallah di Tebing Barat bagi menemui Presiden Palestin, Encik Mahmud Abbas.



Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov menerusi panggilan telefon kepada rakan sejawatnya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >