Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Kadar sewa bagi hartanah di Johor dijangka naik susuli pembukaan semula sempadan'

Mar 28, 2022 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Kadar sewa untuk hartanah di Johor dijangka meningkat semula ke paras prapandemik apabila sempadan antara Malaysia dan Singapura dibuka semula, menurut pemaju hartanah di negeri selatan Malaysia itu.



Malaysia dan Singapura akan membuka semula sempadan mereka kepada pengunjung luar negeri yang telah divaksin sepenuhnya mulai 1 April, tanpa memerlukan mereka dikuarantin semasa ketibaan.



Lintasan darat antara Johor dan Singapura, yang telah ditutup akibat pandemik Covid-19, akan dibuka semula, membolehkan pekerja Malaysia yang tinggal di Johor menyambung semula aktiviti mereka sebelum ini dan berulang-alik setiap hari ke Singapura.



Harga sewa dijangka pulih seperti sebelum wabak melanda negara, kata timbalan pengurus besar Seri Alam Properties, Encik Law Teck Seng.



"Sebagai contoh, katakan harga sewa lot kedai adalah sekitar RM5,000 ($1,600) sebulan sebelum wabak... ia turun kepada RM3,000 sebulan semasa pandemik. Kini, kadar itu akan kembali seperti biasa," katanya.



Beliau berkata kadar harga bilik semasa untuk rumah satu tingkat di kawasan seperti Taman Daya, Taman Maju Jaya dan Taman Sri Tebrau, yang berhampiran Tambak menghubungkan Johor dan Singapura, adalah sekitar RM850 sebulan.



"Mereka yang berpendapatan dolar Singapura tidak akan menghadapi masalah membayar sewa mereka kerana ia lebih berpatutan di sini berbanding di seberang Tambak," tambahnya.



Apabila lintasan tambak antara Johor dan Singapura ditutup, ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terpaksa mencari tempat tinggal sementara di republik itu, terutamanya di perumahan awam atau flat HDB.



Kepulangan mereka ke Johor bagaimanapun dijangka tidak akan menaikkan kadar sewa secara berlebihan, kata pengarah eksekutif Seri Alam Properties, Encik Freddie Lee.



Encik Law juga berkata adalah tidak bijak bagi pemilik hartanah untuk menaikkan kadar sewa mereka dengan segera kerana ramai orang masih belum pulih daripada kesan kewangan pandemik Covid-19.



Beliau juga menyatakan bahawa terdapat banyak kekosongan, terutamanya di hartanah bertingkat di Johor Baru yang tidak disewakan sejak dua tahun lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >