Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kawasan sekitar hospital juga diserang Israel: Pegawai Gaza

Nov 10, 2023 | 04:05 PM



GAZA/WASHINGTON: Pegawai penguasa di Gaza berkata Israel telah melancarkan serangan udara ke atas atau berhampiran sekurang-kurangnya tiga hospital pada Jumaat.


Tindakan itu memberi tekanan kepada sistem kesihatan yang tidak stabil di wilayah Palestin itu sedang ia bergelut merawat ribuan orang yang cedera atau kehilangan tempat tinggal dalam perang Israel menentang kumpulan Hamas.

“Pendudukan Israel melancarkan serangan serentak ke atas beberapa hospital dalam beberapa jam lalu,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Ashraf Al-Qidra, kepada televisyen Al Jazeera.

Kemudahan perubatan itu termasuk hospital terbesar Gaza, Al Shifa, dengan Israel mendakwa Hamas mempunyai pusat arahan dan terowong tersembunyi di situ, dakwaan yang dinafikan Hamas.

Dr Qidra berkata Israel menyasarkan halaman kompleks perubatan Bandar Gaza dan terdapat kemalangan jiwa, tetapi tidak memberikan butiran.

Tentera Israel tidak segera mengulas mengenai kenyataan Dr Qidra, dengan Reuters juga tidak dapat mengesahkan secara bebas.


Hospital Gaza sedang bergelut merawat mangsa kempen ketenteraan Israel yang telah berlanjutan selama sebulan – bertujuan menghapuskan kumpulan Palestin Hamas – sedang bekalan perubatan, air bersih dan bahan api kehabisan.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata 18 daripada 35 hospital Gaza dan 40 pusat kesihatan lain tidak lagi beroperasi, sama ada disebabkan kerosakan akibat pengeboman atau kekurangan bahan api.

Dr Qidra berkata Hospital Pediatrik Al-Rantisi dan Hospital Kanak-Kanak Al-Nasr “telah menyaksikan beberapa siri serangan langsung dan pengeboman” pada Jumaat.

Beliau berkata serangan di kawasan hospital di Al-Rantisi telah menyebabkan kenderaan terbakar, tetapi telah dapat dipadamkan.

Selain itu, Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berkata dalam catatan di wadah X pada Khamis bahawa Israel mempunyai “kewajipan untuk membezakan antara pengganas dengan orang awam dan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa”.

Rumah Putih berkata Israel bersetuju untuk menghentikan operasi ketenteraan di bahagian utara Gaza selama empat jam sehari.

Namun, tidak ada tanda-tanda pertempuran akan berhenti dan ini mengakibatkan pemusnahan di kawasan berdekatan laut.

Ditanya sama ada akan ada “penghentian” dalam pertempuran, Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, pula berkata di Fox News:

“Tidak. Pertempuran berterusan terhadap musuh Hamas, pengganas Hamas, tetapi di lokasi tertentu untuk tempoh tertentu selama beberapa jam di sini atau beberapa jam di sana. Kami ingin memudahkan laluan selamat orang awam dari zon pertempuran dan kami sedang melakukan itu.”

Menteri Luar Iran, Encik Hossein Amirabdollahian, memberitahu rakan sejawatannya dari Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani, bahawa peluasan skop perang tidak dapat dielakkan kerana “pencerobohan” Israel yang semakin meningkat. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >