Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS kecam pelan Israel bina penempatan baru di Tebing Barat

May 08, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pentadbiran Amerika Syarikat kelmarin mengecam sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk membina penempatan baru di wilayah Palestin yang diduduki selepas pihak berkuasa rejim Zionis itu memaklumkan akan meluluskan 4,000 unit rumah baharu di Tebing Barat.



Timbalan Jurucakap Jabatan Negara, Cik Jalina Porter, berkata AS menyedari keputusan Israel mengumumkan langkah berkenaan pada 12 Mei ini.



"Kami menentang sekeras-kerasnya perluasan penempatan yang memburukkan lagi ketegangan dan menjejaskan kepercayaan antara pihak.



"Program perluasan penempatan Israel merosakkan prospek penyelesaian dua negara. Pendirian pentadbiran Biden jelas sejak awal lagi," katanya.



Duta Besar AS ke Israel, Encik Thomas Nides memberitahu, beliau dan pegawai pentadbiran Encik Joe Biden sudah menjelaskan penentangannya kepada pemerintah Israel terhadap rancangan pembinaan penempatan baru serta menggesa ia tidak diteruskan.



Sebaliknya, laporan media yang memetik pegawai Israel memberitahu rakan sejawatan AS bahawa kerajaan rapuh Israel boleh tumbang jika penempatan itu tidak diluluskan.



Namun keputusan Israel itu dijangka memburukkan lagi ketegangan dan keganasan yang semakin memuncak sejak beberapa minggu kebelakangan ini antara rakyat Palestin dan Israel.



Perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis sudah menjadi tempat pertempuran baharu sementara beberapa serangan sudah dilakukan terhadap orang awam Israel.



Khamis lalu, dua rakyat Palestin didakwa membunuh tiga warga Israel dan mencederakan empat yang lain dalam serangan di Israel.



Encik Porter mengutuk 'serangan pengganas' dan mendakwa ia tindakan kejam terutama ketika Israel menyambut hari kemerdekaannya.



"Kami kekal berhubung rapat dengan Israel dan rakan kongsi kami di sana serta berdiri teguh dengan mereka dalam menghadapi serangan ini." - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >