Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kemboja pesat jadi ‘kilang’ skim penipuan dalam talian libat pencari kerja

Sep 08, 2023 | 04:40 PM



KEMBOJA: Industri penipuan siber atau dalam talian semakin pesat berkembang di Kemboja meskipun pihak berkuasa di negara itu dikatakan mengetahui mengenai kegiatan berkenaan.


Sepanjang 2023, puluhan negara melaporkan kumpulan penjenayah yang beroperasi di Kemboja telah memperdayakan berpuluh-puluh ribu orang ke negara itu.

Mereka menjanjikan pekerjaan bergaji tinggi dan perumahan percuma.

Namun sebaliknya, mangsa dipaksa bekerja di ‘kilang’ skim penipuan dalam talian melibatkan urus niaga berbilion dolar di bawah kawalan ketat.

Akibat tekanan luar, Kemboja mengumumkan bahawa sejak Ogos 2022, pihaknya telah menyelamatkan lebih 2,000 rakyat dari negara lain, menutup lima syarikat dan menahan 95 orang.

Bagaimanapun, temu bual dengan penguatkuasa undang-undang, kumpulan hak asasi manusia dan mangsa mendedahkan bagaimana industri gelap itu masih terus berkembang maju.

Ini kerana ahli perniagaan yang berkuasa dan mempunyai hubungan rapat dengan pegawai kanan dalam kerajaan Kemboja dikatakan melindungi kilang sedemikian daripada disiasat polis.

Mangsa berkata mereka menyahut tawaran iklan yang mereka anggap sah, menjanjikan gaji tinggi dan tempat tinggal. Tetapi setibanya di Kemboja, mereka dipaksa menjalankan kegiatan menipu itu.

Mereka diarah memikat mangsa dalam talian dengan peluang pelaburan palsu, menjanjikan pinjaman tanpa faedah atau peluang membeli barang menerusi aplikasi e-dagang palsu. Yang ditangkap cuba melarikan diri pula sering dibelasah.

Menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat, sekitar 10,000 orang dari seluruh dunia terperangkap dalam kegiatan sedemikian di Kemboja.

Kebanyakan mangsa adalah dari China, Vietnam, Malaysia dan Thailand.

Pihak berkuasa negara tersebut telah mendapatkan kerjasama Kemboja untuk menyelamatkan rakyat mereka, tetapi hasilnya tidak memadai.

Pada Jun lalu, Polis Antarabangsa (Interpol) berkata berpuluh-puluh ribu orang telah diperdagangkan ke Asia Tenggara, bermula di Kemboja dan kemudian berkembang ke Myanmar dan Laos.

Ia memberi amaran bahawa kegiatan yang dianggap sebagai ancaman jenayah serantau kini menjadi “krisis pemerdagangan manusia sejagat”.

Pada April, seorang lelaki Vietnam berusia 23 tahun yang melarikan diri dari sebuah bangunan putih di wilayah Koh Kong, Kemboja, memberitahu polis bahawa beliau telah dikurung dan diarahkan bekerja dari 5.30 petang hingga 11 pagi setiap hari.

Beliau telah meminta untuk pulang ke negaranya tetapi pengendali sindiket menuntut wang tebusan sekitar AS$2,000 ($2,800). Namun beliau akhirnya berjaya melarikan diri dengan melompat dari tingkap dan terus lesap ke dalam hutan.

Pegawai kanan polis yang bercakap dengannya menyedari apa yang berlaku di perkarangan itu tetapi “hampir mustahil untuk masuk ke dalam”.

Untuk berbuat demikian pihaknya memerlukan kebenaran khas dari Kementerian Dalam Negeri kerana ada kaitan siapa pemilik bangunan itu – Senator Ly Yong Phat, salah seorang taikun terkaya di Kemboja dan penasihat peribadi kepada Perdana Menteri Hun Manet, yang mengambil alih daripada bapanya Encik Hun Sen pada Ogos. – Agensi berita.​




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >