Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kementerian Pendidikan M’sia larang guna replika senjata dalam program Minggu Solidariti Palestin

Program diperkenal untuk sebar nilai kemanusiaan, hak asasi manusia, keamanan, keharmonian dan kedamaian sejagat
Oct 28, 2023 | 01:31 PM



PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberitahu program melibatkan replika senjata mainan di sebuah sekolah yang sedang tular tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan.


Menteri Pendidikan, Cik Fadhlina Sidek, berkata program tersebut juga tidak termasuk dalam pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin yang dijadual bermula pada, 29 Oktober hingga 3 November.

“Ingin saya tegaskan Minggu Solidariti Palestin bertujuan mendidik murid-murid dengan nilai kemanusiaan, merangkumi hak asasi manusia, keamanan, keharmonian dan kedamaian sejagat.

“KPM tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti berbentuk ekstremis, radikalisme dan keganasan, apatah lagi dengan penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi yang tidak dibenarkan sama sekali,” katanya dalam satu video di laman Facebook pada Jumaat.

Terdahulu, Pertubuhan Persekutuan Hak Kemanusiaan Global (GHRF) mengecam gambar kanak-kanak yang memegang senjata mainan, didakwa berkaitan dengan Minggu Solidariti Palestin di sekolah.

Presiden GHRF, Encik S. Shashi Kumar menyifatkannya sebagai ‘mengejutkan dan menakutkan’ dan menggesa kerajaan supaya menghentikan segera program itu.

Pihaknya juga berkongsi beberapa tangkap layar hantaran media sosial yang dibuat seorang guru perempuan, yang didakwanya berkhidmat di sebuah sekolah di Klang, Selangor.

Gambar itu menunjukkan murid sekolah memegang senapang dan mesingan mainan, sambil mengenakan selendang kufia dan ikat kain di kepala yang tertera sokongan untuk Palestin.


Dalam pada itu, Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada Sabtu menggesa KPM mengambil tindakan tatatertib terhadap penganjur yang mempamerkan unsur kekerasan dan bersenjata di sekolah yang didakwa terlibat dalam Minggu Solidariti Palestin.

KPM melaksanakan Minggu Solidariti Palestin dengan tujuan mendidik nilai-nilai manusiawi, termasuk hak asasi manusia dan sifat ihsan, dalam kalangan pelajar. Selain sekolah, arahan itu juga melibatkan kolej vokasional, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Beberapa wakil rakyat telah menyuarakan bantahan dengan antaranya berkata sekolah perlu kekal menjadi ruang neutral untuk pembelajaran dan pemahaman

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim menggesa agar program solidariti itu dikawal dengan lebih baik.

“Kami telah membincangkan perkara ini dalam mesyuarat Kabinet. Kami galakkan sekolah buat ini (tunjuk solidariti) tapi kami tak paksa. Rumusannya, kita perlu mengawalnya, jadi ia tidak akan menjadi masalah,” tambahnya.

KPM pada Jumaat mengecam penggunaan pistol mainan dalam program perpaduan dan berkata ia melarang penggunaan senjata replika, ikon dan simbol dalam “cara provokatif dan konfrontasi”.

“Program ini berada di luar tempoh yang ditetapkan untuk Minggu Solidariti Palestin dan tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kementerian,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah tiada ruang untuk aktiviti berunsur ekstremis.

“Semua institusi di bawah bidang kuasa kementerian mesti mematuhi garis panduan yang ditetapkan,” ujar KPM. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >