Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Lebih 37,000 mangsa banjir di Johor dipindahkan ke pusat bantuan

Mar 16, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Seramai 37,503 mangsa banjir daripada 10,625 keluarga ditempatkan di 119 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor sehingga 8 malam pada Selasa.



Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata mangsa terbabit direkodkan di empat daerah iaitu Batu Pahat, Muar, Segamat dan Tangkak.



"Batu Pahat masih menjadi daerah yang paling ramai mangsa, iaitu 37,114 orang (10,516 keluarga) yang kini ditempatkan di 111 PPS.



"Muar juga berkurangan kepada 211 orang (64 keluarga) di dua PPS," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Beliau berkata jumlah mangsa banjir di Segamat dan Tangkak pula kekal seperti Selasa petang dengan masing-masing mempunyai 154 orang (42 keluarga) di lima PPS dan 24 mangsa (tiga keluarga) di sebuah PPS.



Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) tidak mengeluarkan sebarang amaran hujan berterusan mahu pun ribut petir di mana-mana daerah di negeri ini.



Bagi laporan pemantauan cuaca sebenar juga menunjukkan semua daerah di negeri ini dilaporkan cerah.



Sementara itu, terdapat 12 jalan raya di Batu Pahat yang masih ditutup akibat banjir, sama ada bagi laluan semua kenderaan atau dibuka untuk kenderaan berat sahaja.



Laporan paras air sungai juga merekodkan tiga lembangan sungai yang melepasi paras air bahaya, iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar (3.33m); Empangan Bekok (19.39m) dan Sungai Senggarang (3.62m) di Batu Pahat.



Sementara itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kelonggaran kepada murid dan pelajar yang kurang mampu untuk hadir ke sekolah pada sesi persekolahan baru, meskipun tidak dapat menyediakan pakaian seragam sekolah.



Menterinya, Cik Fadhlina Sidek, berkata kelonggaran itu diberikan sebagai langkah memudahkan ibu bapa terutama mereka terkesan akibat banjir.



"Dalam konteks di Johor misalnya, KPM beri ruang kepada mereka ini supaya datang ke sekolah walaupun tanpa memakai pakaian seragam.



"Yang penting asalkan berbaju, sebab kita tak nak beban hanya soal baju (seragam) itu, mereka dinafikan daripada pendidikan," katanya pada Rabu.



"Kita bersikap bertolak ansur dalam perkara ini sesuai dengan keadaan kerana sedar dengan kos penyediaan yang tinggi selain masalah banjir yang sebahagian tempat belum pulih sepenuhnya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >