Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah Agung India perluas definisi 'keluarga'

Sep 01, 2022 | 05:30 AM



NEW DELHI: Mahkamah Agung India telah memutuskan bahawa manfaat keluarga di bawah undang-undang mesti diperluaskan kepada keluarga campuran, pasangan sesama jenis dan isi rumah lain yang menurut mahkamah sebagai "tidak normal"dengan meluaskan definisi keluarganya.



Ia adalah yang terbaru dalam beberapa siri keputusan mahkamah untuk mencabar adat konservatif negara itu, dan boleh memberi implikasi besar terhadap hak asasi wanita dan golongan gay.



Keputusan mahkamah itu memihak kepada Cik Deepika Singh, seorang jururawat yang majikannya, sebuah institut perubatan pemerintah di utara India, telah menolak permohonan untuk mendapat cuti selepas beliau melahirkan anak, kerana beliau sudah mengambil cuti untuk merawat anak kepada suaminya daripada perkahwinan sebelumnya.



"Konsep sebuah 'keluarga' sama ada menurut undang-undang atau juga dalam masyarakat, adalah ia termasuk seorang bujang, satu unit dengan seorang ibu dan bapa (yang masih bersama) dan anak-anak mereka," kata dua hakim dalam satu perbicaraan ketika membuat keputusan pada awal bulan dan diterbitkan minggu ini.



"Keputusan itu mengetepikan fakta yang kebanyakan keluarga tidak bersetuju terhadap jangkaan ini," kata Encik D.Y. Chandrachud, hakim yang membuat arahan tersebut.



Hakim itu menulis bahawa "keluarga" boleh diertikan dengan pelbagai konfigurasi orang dewasa yang berperanan sebagai penjaga utama kepada anaknya sendiri dan bukan anak sendiri.



"Manifestasi tentang kasih sayang dan keluarga mungkin tidak sama, tetapi ia adalah suatu hubungan rakan tradisi, jelasnya.



"Pernyataan serupa itu tentang sebuah keluarga adalah sama-sama layak bukan sahaja untuk melindungi menurut undang-undang, tetapi juga bagi manfaat yang ada menurut peraturan kebajikan masyarakat."



Peguam, Encik Akshay Verma, yang berhujah dalam kes Cik Singh itu, berkata keputusan itu telah "membuka luas skop" faedah bagi ibu bapa.



Keputusan Mahkamah Agung itu muktamad, tetapi penguatkuasaannya terbatas, terdedah kepada persoalan sejauh mana kesan segera keputusan itu terutama dikebanyakan bahagian konservatif di India.



Tambahan lagi, kebanyakan urusan keluarga diputuskan di luar mahkamah.



Namun, keputusan itu dialu-alukan sebagai suatu yang penting dalam usaha mewujudkan kesamaan bagi kaum wanita dengan masyarakat LGBTQ di India, sebuah negara di mana isu-isu keluarga - termasuk soal penjagaan anak - sering memencilkan ibu bapa yang tidak berkahwin berbanding keluarga besar, dalam sengketa undang-undang yang berlarutan di mahkamah keluarga.



Contohnya, undang-undang India menyebut, dalam kebanyakan kes, penjagaan anak yang masih kecil harus diberi kepada ibu, dan selalunya keluarga diberi hak untuk menyatakan bahawa seseorang anak itu lebih baik dijaga oleh bapa, dalam konteks tradisi masyarakat India, di mana beberapa generasi tinggal di bawah satu bumbung.



Dalam kes yang lain, mahkamah keluarga telah memberi hak penjagaan kepada datuk nenek atau lain anggota keluarga kerana ibu kepada kanak-kanak itu bekerja di luar rumah.



"Kami menyambut baik keputusan ini kerana ia telah beralih daripada pemahaman keluarga terdiri daripada ibu dan bapa dan rumah yang menjadi dasar sistem kemasyarakatan buat sekian lama, terutama di kalangan keluarga miskin," kata Cik Anuradha Banerji, seorang aktivis pertubuhan hak asasi wanita.



"Ini akan membantu orang ramai daripada terbelenggu dengan perkahwinan kerana ia difahamkan sebagai satu-satunya pengertian keluarga yang sah.



"Jadi dengan ini, saya fikir, perubahan ini amat dialu-alukan tentang pengertian keluarga."



Beberapa peguam hak asasi wanita di India mengkritik mahkamah keluarga kerana terlalu memberatkan soal memelihara institusi perkahwinan dan tradisi keluarga yang sempit, berbanding dengan merundingkan tentang hak asasi individu.



Beberapa tahun kebelakangan ini, mahkamah semakin giat menentang norma masyarakat India tentang jenis kelamin dan seksual, dan jelas memihak kepada fakta bahawa ramai orang India sendiri menolak norma-norma tersebut.



Dalam satu keputusan yang dicadangkan pada 2014, mahkamah memberi pengiktirafan kepada orang-orang transgender - yang memilih kelamin lain daripada semasa ia dilahirkan - sebagai kelamin ketiga, layak mendapatkan hak yang sama bagi perlindungan undang-undang dan faedah kebajikan masyarakat. - BBC




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >