Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Majlis ilmu fahamkan maksud negara Madani: Anwar

Jun 19, 2023 | 02:32 PM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ceramah Majlis Ilmu Madani dianjurkan selaras dengan usaha memberi kefahaman kepada rakyat tentang maksud negara Madani yang diperkenalkan kerajaan.


Beliau berkata ia terutamanya melibatkan nilai-nilai asas pembentukan negara Madani iaitu pegangan yang kukuh, akhlak yang baik dan pembangunan akhlak Islam yang sebenar.

“(Dan) gunakan ini untuk menerapkan nilai dalam pelbagai bidang, dalam kelestarian ekonomi, dalam teknologi digital, dalam konsep belas kasihan dan ihsan untuk meringankan beban golongan miskin dan perlindungan rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Datuk Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam ucapan ringkasnya ketika menghadiri sesi ‘Majlis Ilmu Madani Bersama Perdana Menteri’ di Kompleks Seri Perdana di sini pada Ahad.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Terdahulu, Datuk Anwar yang ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Kompleks Seri Perdana sekitar 7.15 malam sebelum menyertai kira-kira 300 jemaah menunaikan solat Maghrib yang diimamkan Imam Masjid Putra, Abdul Karim Zakaria.

Perdana Menteri kemudian meluangkan masa kira-kira sejam selepas sesi perkongsian ilmu itu bersama tiga tetamu jemputan iaitu Imam Masjid Al-Aqsa di Palestin, Sheikh Dr Ekrima Sabri;  ulama United Kingdom, Sheikh Ahmed Mohamed Saad Al-Maliki Al-Azhari Al-Hasani; dan ulama dari Gambia, Syeikh Muhammad Haydara Al-Jilani. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >