Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Makam purba ditemui di Mesir

Jan 16, 2023 | 05:30 AM



KAHERAH: PIhak berkuasa Mesir semalam mengumumkan penemuan makam purba di Luxor dianggarkan wujud kira-kira 3,500 tahun lalu yang dipercayai ahli arkeologi milik dinasti diraja ke-18.



Makam itu digali oleh penyelidik Mesir dan British di tebing barat Sungai Nil, di mana terletaknya Lembah Ratu dan Lembah Raja-raja yang terkenal, kata Ketua Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, Mostafa Waziri.



"Elemen pertama yang ditemui setakat ini dalam makam terbabit seolah-olah menunjukkan bahawa ia bermula sejak dinasti ke-18 firaun Akhenaton dan Tutankhamun," katanya dalam satu kenyataan.



Dinasti ke-18, adalah sebahagian daripada tempoh sejarah Mesir yang dikenali sebagai Kerajaan Baru, berakhir pada 1292 masihi dan dianggap antara tahun paling makmur Mesir Purba.



Ketua Misi Penyelidikan British, Piers Litherland dari Universiti Cambridge, berkata makam itu mungkin isteri diraja atau puteri keturunan Thutmosid.



Sementara itu, Ahli Arkeologi Mesir, Mohsen Kamel mengatakan bahagian dalaman makam itu 'berada dalam keadaan teruk'.



Sebahagian daripadanya termasuk inskripsi 'musnah akibat banjir purba dengan ruang pengebumian dipenuhi pasir dan sedimen batu kapur," katanya, menurut kenyataan lembaga barang antik.



Mesir sebelum ini mendedahkan beberapa penemuan arkeologi utama dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya di nekropolis Saqqara di selatan ibu kota Kaherah. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >