Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Megawati beri amaran kepada pemimpin yang ‘kemaruk kuasa’

Jan 11, 2024 | 01:35 PM



JAKARTA: Mantan presiden, Cik Megawati Sukarnoputri mengambil kesempatan daripada sambutan ulang tahun ke-51 Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) untuk mengkritik pemimpin yang tidak dinamakannya, yang disifatkan sebagai “kemaruk kuasa” menjelang pilihan raya umum 2024.


Berucap di majlis rasmi ulang tahun parti itu, Cik Megawati yang juga pengerusi PDI-P, memberi amaran kepada ahli parti supaya tidak menggunakan pilihan raya sebagai cara untuk berpegang teguh kepada kuasa.

Ulasan beliau itu dilihat ramai pemerhati, sebagai ditujukan kepada Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo.

Di bawah tema satyam eva jayate, frasa Sanskrit yang bermaksud “kebenaran sahaja yang diutamakan,” Cik Megawati menyampaikan ucapan mempromosikan dalam politik.


“Pilihan raya bukanlah alat untuk golongan elit melanjutkan pemerintahan mereka dengan apa cara sekalipun.

“Ada moral dan etika dalam pilihan raya,yang mesti dipertahankan,” kata Cik Megawati di pusat pendidikan parti di Lenteng Agung, Jakarta Selatan, pada 10 Januari.

“Kuasa ada batasnya. Ia tamat pada satu ketika, tanpa mengira kedudukan. Hanya Tuhan yang kekal,” katanya.

Dalam ucapan berapi-api selama sejam, yang disiarkan secara langsung di YouTube, Cik Megawati memberi amaran tentang orang yang berniat untuk memecahbelahkan negara, untuk mengambil alih kuasa.

Ahli politik kanan itu mengkritik sekeras-kerasnya, mereka yang memanipulasi undang-undang untuk kepentingan mereka sendiri, dan tidak memikirkan tentang pengundi.

Beliau menggelar orang yang tidak dinamakannya itu sebagai “kemaruk kuasa” dan menggesa mereka supaya memupuk eling, istilah Jawa agar memahami warisan dan perjuangan pemimpin masa lalu.


“Saya pernah menjadi presiden, awak tahu? Selepas pilihan raya, saya tidak membuat kekecohan mengenainya. Jadi itulah yang dimahukan oleh pengundi,” kata pemimpin parti itu.

Pakar politik berkata ucapannya jelas merujuk kepada Encik Jokowi dan sekutunya.

“Ia juga mesej untuk semua ahli parti lain, untuk bertindak lebih baik daripada Jokowi,” kata Encik Agung Baskoro, pengarah eksekutif tinjauan pendapat, Trias Politika Strategis.

Keretakan antara Encik Jokowi dengan bekas penajanya berlanjutan ke senarai tetamu acara ulang tahun itu. Anggota Kabinet yang tidak mempunyai kaitan dengan parti itu turut hadir, termasuk Menteri Kewangan Sri Mulyani dan Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, Encik Arifin Tasrif.

Turut hadir, Menteri Koperasi dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Encik Teten Masduki dan Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Encik Sandiaga Uno.


Naib Presiden Ma’ruf Amin, adalah pegawai negeri paling kanan menghadiri majlis ulang tahun parti itu.


Cik Megawati berterima kasih kepadanya kerana “sudi datang”. Encik Ma’ruf baru-baru ini lantang menentang cadangan Encik Jokowi supaya format baki perbahasan pilihan raya diubah.


Presiden mendakwa pengaturan semasa, gagal membenarkan calon mempromosikan dan mempertahankan dasar mereka dengan secukupnya.


Ulama kanan Islam itu berkata, pengundi harus dibiarkan membuat kesimpulan sendiri, sama ada calon telah berjaya mempromosikan platform kempen mereka.


Satu acara pemerintah telah diadakan secara berasingan pada hari yang sama, dengan beberapa menteri Kabinet lain turut hadir, termasuk pengerusi Parti Gerindra, Encik Prabowo Subianto dan ahli pakatan pilihan rayanya.

Secara kebetulan, mereka tidak berada dalam senarai tetamu PDI-P, walaupun menjadi ahli politik parti.

Tahun 2024 merupakan kali pertama Encik Jokowi tidak hadir dalam acara ulang tahun PDI-P, sepanjang tempohnya sebagai presiden.

Beliau telah menjadi tetamu tetap Cik Megawati pada majlis itu, sejak menyandang jawatan presiden pada 2014 dengan sokongan PDI-P.

Encik Jokowi berada di Filipina pada hari acara itu, sebagai sebahagian daripada lawatan lebih luas ke Asia Tenggara. Tetapi sebelum ini beliau berkata tidak menerima undangan ke sambutan ulang tahun itu.

PDI-P berkata ia enggan membuat undangan kerana tahu Presiden akan pergi bertugas di luar negara.

Tingkah parti itu dan tidak hadirnya Presiden di majlis tersebut, mengesahkan berakhirnya hubungan mereka, kata Encik Agung kepada akhbar, The Jakarta Post, pada 10 Januari.


Dihalang daripada memohon untuk meneruskan kuasa bagi penggal ketiga sebagai presiden, Encik Jokowi telah dituduh menyalahgunakan jawatannya, untuk membina dinasti politik dan mengekalkan pengaruhnya selepas berundur, melalui anak sulungnya, Encik Gibran Rakabuming Raka.

Encik Gibran, pemilik perniagaan yang pernah menjauhkan diri daripada kehidupan politik bapanya, kini bertanding sebagai naib presiden, bersama mantan pesaing Encik Jokowi untuk jawatan presiden, iaitu Menteri Pertahanan, Encik Prabowo.


Pada usia 36 tahun, Encik Gibran menyertai gelanggang selepas Mahkamah Perlembagaan, yang diketuai oleh bapa saudaranya pada masa itu, membuat pengecualian kepada calon berumur minimum 40 tahun, yang membenarkannya ikut bertanding.


Sejak itu, ketegangan antara PDI-P dan Encik Jokowi telah berlarutan sehingga berkempen untuk pilihan raya akan datang.

Encik Jokowi tidak pernah secara terbuka menyokong Encik Prabowo dan kekal sebagai ahli nominal PDI-P, walaupun rakan-rakannya mendakwa beliau telah “meninggalkan parti” dan menuduhnya menyalahgunakan kedudukannya untuk menyekat peluang calon presiden parti itu, Encik Ganjar Pranowo.


Dalam ucapannya itu juga, Cik Megawati merayu kepada Polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI), serta penganjur pilihan raya, supaya komited untuk kekal tidak berat sebelah dan profesional, di tengah-tengah “kemarahan orang ramai yang semakin meningkat” terhadap apa yang disifatkannya sebagai contoh intimidasi oleh kakitangan awam, menjelang pilihan raya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >