Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia minta lebih banyak penerbangan tambang rendah ke Ipoh dari S’pura

Oct 30, 2023 | 02:05 PM



IPOH: Permintaan telah dibuat kepada syarikat penerbangan tambang rendah Singapura, Scoot, untuk menambah lebih banyak penerbangan antara negara itu dengan Ipoh, kata Encik Anthony Loke.


Menteri Pengangkutan itu berkata beliau membuat permintaan untuk lebih banyak penerbangan, terutama pada hujung minggu dan musim perayaan.

“Kita tahu ramai rakyat Perak di Simpang Pulai, Bercham dan dalam kawasan Lembah Kinta bekerja di Singapura dan pulang ke Ipoh pada musim perayaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri konvensyen tahunan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Perak ke-22, di sebuah hotel di situ pada Ahad lalu.

“Saya percaya dengan menambah lebih banyak penerbangan, ia akan membantu memajukan negara dan ekonomi negeri, “ katanya dipetik The Star.


Secara berasingan, Encik Loke berkata syarikat swasta dialu-alukan untuk melabur dalam lapangan terbang “kurang kompetitif”.

Beliau berkata perbincangan dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) diadakan untuk mempertimbangkan model perkongsian awam-swasta (PPP) berikutan kekangan kewangan negara.

“Ada lapangan terbang yang kurang menjimatkan (bilangan penerbangan sedikit) dan MAHB tidak boleh melabur dalam menaik taraf sehingga mendapat pembiayaan daripada kerajaan.


“Sebab itu kita memerlukan kaedah baru, seperti model PPP, di mana syarikat swasta yang berminat boleh melabur di lapangan terbang ini dengan terma dan syarat.


“Setiap lapangan terbang mempunyai caj perkhidmatan bagi setiap penumpang, jadi jika lapangan terbang itu berdaya saing, ia akan mendapat ramai penumpang,” tambahnya.


PPP ialah perjanjian kontrak antara sektor swasta dan awam yang membolehkan penyertaan swasta yang lebih besar dalam penyampaian projek.


Encik Loke juga berkata beliau telah menerima permintaan daripada kerajaan Perak untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

“Walaupun kerajaan negeri memang mencadangkan lapangan terbang baru di Seri Iskandar, proses pembinaan lapangan terbang baru akan mengambil masa yang lama dengan proses yang membosankan.

“Sebaliknya, kami memberi tumpuan untuk menaik taraf lapangan terbang semasa di Ipoh. Kami akan melihat kemungkinan melakukan naik taraf tanpa menjejaskan struktur.

“Terdapat syarikat swasta yang menyatakan minat untuk melabur di lapangan terbang itu dan kami akan melihat perkongsian itu dan mempertimbangkan semua faktor, termasuk memastikan ia tidak akan menjejaskan MAHB secara negatif,” tambah Encik Loke.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >